Full Width CSS

Kata Rakyat Batu, @tianchua Wakil Parti Bukannya Wakil Rakyat #GE13 #PRU13 #BN4Malaysia


Di mana Ahli Parlimen Batu yang dipilih sejak 5 tahun lepas? Di kala beberapa tempat di parlimen Batu mengalami banjir dua hari lepas, batang hidung Tian Chua tidak kelihatan untuk menolong rumah rakyat parlimen Batu dilanda banjir.

Selalu di majlis orang walau tidak jemput, dia kelihatan menyibuk datang sekadar bergambar untuk muat naik ke internet. 

Orang yang tidak tahu akan tertipu dengan perbuatannya tapi orang di Batu sudah masak dan mual dengan penipuan ahli parlimen dari PKR ini. Tian Chua yang tidak membuat apa apa program untuk rakyat Batu tapi hanya menghadiri majiis majlis tertentu yang dibuat oleh penyokongnya.

Manakala rakyat Batu yang lain terpinggir dan tidak diendahkan oleh Tian Chua. Kini rakyat di parlimen Batu memanggilnya sebagai Wakil Parti bukan Wakil Rakyat.

Pada hari Batu dilanda banjir, yang kelihatan ialah Dominic Lau yang dikatakan bakal menjadi calon Barisan Nasional berkejar sana sini untuk penduduk di Batu yang rumah dilanda banjir. Difahamkan bahawa Tian Chua sedang sibuk berkempen di Sarawak ketika itu.

Kita boleh lihat ahli parlimen ini sibuk berkempen di tempat lain tetapi parlimennya terabai. Sepatutnya dia sibuk menjaga orang di parlimennya kerana orang telah memilihnya sebagai ahli parlimen pada PRU12 ! Tian Chua seperti tidak berminat lagi untuk menjadi ahli parlimen di Batu.



Mungkin dia sangkakan bahawa dia akan memenangi kerusi parlimen itu sekali lagi. Akan tetapi pada kali ini rakyat sudah tahu apa perlu dilakukan pada pilihanraya kali ini !!! Akan tetapi kali ini rakyat di Batu akan memastikan Tian Chua jatuh dan dikuburkan pada PRU13.
Seperti biasa TM sarankan kita semua menyokong Barisan Nasional dan kita semua memangkah Dacing !



Sumber : Taipanmaster

Post a Comment

1 Comments

  1. pemimpin yg hanya nak dapatkan kuasa tapi keje tak boleh buat, pru ini kasi tendang keluar...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..