Full Width CSS

#ManifestoBN : Membina 1 Juta Rumah Mampu Milik #PR1MA #PRU13 #1Malaysia #TolakPR

Antara akur janji Barisan Nasional (BN) paling menarik yang dibentangkan oleh Dato' Sri Najib Tun Razak kelmarin ialah kemudahan rumah mampu milik.


Berdasarkan kajian Pemuda BN, antara permintaan utama orang muda ialah untuk memliki rumah dengan harga yang sederhana di kawasan yang strategik.

Hasil daripada feedback yang diberi oleh Pemuda BN, kerajaan telah melancarkan Skim Rumah Pertamaku yang memberi kemudahan pinjaman 100% untuk orang muda. Sebelum ini, pembeli rumah perlu tanggung 10% 'down payment'. Ramai orang muda tidak mampu.

Selepas diperkenalkan skim tersebut, ramai pula yang minta untuk diperbanyakkan rumah mampu milik di kawasan bandar-bandar besar.

Alhamdulillah, aku janji BN memberi komitmen untuk menyediakan SATU JUTA rumah mampu milik dalam lima tahun akan datang. Ini termasuk 500,000 unit rumah PR1MA yang dijual pada sekurang-kurangnya 20% dibawah harga pasaran!

Aku janji ini jauh lebih hebat daripada apa yang dicadangkan oleh pihak lawan. Pakatan 'janji' untuk bina hanya 150,000 unit dalam tempoh lima tahun. Ini saya petik dari manifesto mereka.

SATU JUTA RUMAH MAMPU MILIK vs 150,000

Post a Comment

1 Comments

  1. Akujanji BN menawarkan sebanyak 1,000,000 buah rumah mampu milik sekiranya diberikan mandat sekali lagi pada PRU-13. Bererti secara purata dalam setahun, sebanyak 200,000 unit rumah akan dibina atau 16,666 unit rumah dalam sebulan atau 555 unit rumah dalam sehari. Dengan kata lain, bermula hari pertama BN membentuk kerajaan, 555 unit rumah perlu disiapkan setiap hari. Hebat! Hebat MENIPU

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..