Full Width CSS

RED ALERT: Awas Israel Sudah Menampakkan Minat Terhadap Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional #GE13 #PRU13


Ini bukan perkara main² dan ini bukan lakonan sebaliknya ia merupakan realiti yang terpaksa ditempuh oleh rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam apabila menjelangnya Pilihanraya Umum 13 (PRU13).

Mungkin fahmanan politik membataskan kita untuk bersatu dalam satu agama dan hal ini telah menyebabkan kita sebagai rakyat Malaysia alpa akan usaha pihak luar yang cuba merosakkan keamanan sejagat dengan cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Saya tidak pasti adakah sahabat di sebelah Pembangkang sana dapat merasakan ancaman seperti ini dari pihak luar yang jauh lebih merbahaya daripada ancaman dari pihak dalaman sendiri. Jika sekarang ini kita masih lagi merasa seronok dan tidak akan merasa apa² yang membimbangkan, di sini saya ingin sarankan supaya anda semua rakyat Malaysia perlu merasa sedikit bimbang berkenaan ancaman dunia luar terutama dari Israel.

Sebagai umat Islam yang tidak mengira fahaman politik, kita menolak negara Israel kerana mereka merupakan kerajaan pengganas kerana mereka membina negara Israel hasil daripada penaklukan wilayah Palestin. Sedikit demi sedikit mereka merampas hak rakyat Palestin dan meluaskan perimeter negara mereka mengikut hawa nafsu dan menindas rakyat Palestin menjadi mangsa kepada keganasan dan kerakusan tanpa belas ini.

Umum mengetahui, daripada generasi kepada generasi kita menolak dan mengutuk tindakan Israel yang tidak berprikemanusiaan. Kita menolak semua yang berkenaan dengan Israel. Tetapi untuk kali ini demi agama yang tercinta dan negara Malaysia tersayang, adakah kita masih lagi mahu membenarkan negara kita dijajah sedikit demi sedikit oleh kuasa asing yang biadap membunuh saudara² kita di Palestin?

Adakah kita masih lagi mahu bersekongkol dengan mereka yang bekerjasama dengan Israel? Atau adakah kita masih lagi memerlukan kuasa asing dalam mengurustadbir pentadbiran negara Malaysia?

Ini bukan masanya untuk bergaduh sesama sendiri tetapi inilah masa yang sesuai melihat peranan masing² dalam mengekang penyebaran fahaman Israel untuk menghancurkan keharmonian bangsa Malaysia.


They Ready For Us, Are We Ready To Have Them?

Post a Comment

1 Comments

  1. Masyallah.. News similar to this is more than we thoughts bro. Information is not knowledge., furthermore the Malaysians has long lost with Jews Propaganda. Diorang ada agenda tersendiri untuk mencapai maksud menjatuhkan moral dalam Islam sebelum akidah Islam disongsangkan. Seharusnya kita tolak dari dulu lagi., never be too late than never. TIBAI dan tolak agenda Yahudi di BTR, Malaysia amnya.. Tur pasal gua follow Datuk Zul...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..