Wednesday, April 3, 2013

@ZahidHamidi Dedah Siapa Perempuan Yang Dipeluknya #1Malaysia #TolakFitnah #TolakPR


Ini cerita betul, bukan cerita lawak pasal Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi peluk dan cium seorang wanita muda yang juga anggota askar Wataniah. Malah, sebuah akhbar Cina memaparkan gambar aksi Zahid dan wanita berkenaan yang dirakam minggu lalu.

Maka kecoh lah pasal kelakuan Naib Presiden UMNO itu setelah ada yang melihat gambar tersebut tanpa memahami apa dituliskan akhbar berkenaan.Ada yang ambil kesempatan kata macam-macam nak buruk Zahid.

Namun, Zahid yang ditemui Agendadaily tergelak menceritakan insiden di sebuah Puswatan atau Pusat Latihan Askar Wataniah di Perak itu.

"Jika ada sesiapa nak putar belit atau jadikan isu, wanita itu adalah anak saya Nurul Hidayah. Carilah isu lain untuk fitnah saya," katanya.

Menurut Zahid, beliau menghadiri majlis meraikan seramai 60 anggota kursus kepegawaian paltun Wataniah babitkan pengamal media, seni dan askar Wataniah paltun peringkat negeri dan daerah.

Katanya, Nurul Hidayah berpangkat prebet dan amat meminati tugas sukarela lalu menyertai kursus tersebut.

"Selesai majlis, ada sesi bergambar. Seperti anak-anak yang lain, beliau peluk dan cium pipi saya, saya balas dan ada disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina," katanya.

Tanpa mengetahui kandungan berita itu, kata Zahid, ada yang melihat gambar tersebut menimbulkan cerita siapakah dipeluk Menteri Pertahanan itu.

Sehubungan itu, perbuatan merendahkan sesaorang tokoh hendaklah dielakkan apatah lagi jika mahu digunakan sebagai bahan fitnah. "Siasatlah dahulu kesahihannya," ujar Zahid.

6 comments:

  1. apa khabar pak?
    bapa dah mkn? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua dh bayar deposit dlu la bro...bapa mertua gua 2...hahahaha

      Delete
  2. Aku pun nak try jugak ....

    ReplyDelete
  3. hebat mainan dato Zahid.. dia suruh anak dia buat cam tu saje nk tengok tindakbalas dari pembangkang..ternyata pihak pembangkang suke hebohkan cerita2 karut tanpa siasat..huhu

    ReplyDelete
  4. Sorry.....bro...simpan u all pnya cita2....ni jejaka idaman....heheheee

    ReplyDelete
  5. aiseh...seb baik zahid hamidi orang kampung gua...nampaknya gua kena pegi tempat zahid hamidi tolong dia kempen...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...