Thursday, May 2, 2013

#PRU13 : Mari Betulkan Fakta, Nik Aziz Individu Terkaya Di Malaysia Sebenarnya #1Malaysia #TolakPR #BetterNation #BarisanNasional



Foto di atas hanyalah 1 daripada 5 muka surat butiran tanah milik bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hasil carian ke atas Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu mendedahkan Nik Aziz Nik Mat dan isteri telah memiliki 27 bidang tanah sekitar bandar Kota Bharu dengan jumlah keluasan lebih kurang 4 ekar setiap satu.

Tiada siapa menyangka bahawa Mursyidul Am Pas ini sebenarnya memiliki sebanyak 14 lot tanah seluas 4.4 ekar (1.76 hektar) di kawasan bernilai tinggi di Bandar Baru Tunjong di sini, dianggarkan bernilai lebih RM4 juta.

Nilai tanah tersebut dikatakan boleh mencecah lebih RM10 juta sekiranya tanah berstatus tanah pertanian itu ditukar kepada komersial, mengambil kira pelbagai projek pembangunan yang akan dilaksanakan di kawasan itu.

Selain Nik Abdul Aziz Nik Mat, isteri beliau, Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah di sekitar jajahan Kota Bharu dianggarkan bernilai jutaan ringgit, termasuk dua lot tanah di Pulau Melaka yang telah dipajakkan selama 40 tahun kepada Petronas Dagangan Berhad bagi membina stesen minyak.

Kesemua tanah di atas nama Nik Abdul Aziz telah didaftarkan selepas tahun 1990, iaitu ketika beliau memegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Zuhudkah aku? 14 tanah yang didaftarkan atas nama Nik Abdul Aziz Nik Mat disertakan di bawah:











Sumber : CTS

2 comments:

  1. tak nak delete ker post di atas...
    nanti ada yang kena saman

    ReplyDelete
  2. 4.4 ekar tanah jadi individu terkaya? 4.4 ekar nak tanam 1000 pokok sawit pun tak cukup weh...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...