Wednesday, July 17, 2013

Kelab Putera Bawa Pulang Wanita Diculik Warga Indonesia #1Malaysia #TolakPR @NajibRazak @azeezputera


Wanita ini diculik dan dilarikan oleh warganegara Indonesia ke Jawa Timur tanpa sedar setelah hampir sebulan. Hari ini mangsa, Nur Idayu Aziz ibu kepada tiga orang anak berjaya dibawa pulang oleh Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Atas usaha Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, akhirnya mangsa selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini bertemankan suaminya, Mohd Riduan Abdul Razak setelah cubaan misi membawa Nur Idayu selama seminggu yang lalu.

"Beliau berkata wanita malang itu berjaya dikesan minggu lalu, disembunyikan di sebuah rumah di kawasan pedalaman Rambipuji di daerah Jember, kira-kira enam jam perjalanan dari Surabaya"

Nur Idayu dilaporkan dilarikan seorang lelaki warga Indonesia di rumahnya di Felda Bukit Sagu 2, Kuantan ke Surabaya pada 22 Jun lalu di Sepang, Rabu.
Kisah malang ini amat tragis kerana mangsa tidak sedar apa yang sedang berlaku.

"Ketika kami jumpa dia, keadaannya seperti tidak sedarkan diri malah langsung tidak mengenali suaminya dan kita mengambil masa tiga hari untuk mengubati dia dengan menggunakan kaedah rawatan Islam. Sekarang keadaannya bertambah baik, biarpun tidak pulih sepenuhnya, kita dimaklumkan dia didakwa terkena ilmu hitam yang dilakukan oleh penculiknya," katanya.

Menurutnya, misi menyelamat itu merupakan inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu Nur Idayu dibawa pulang dengan selamat ke pangkuan keluarganya.

"Saya juga mohon pihak polis supaya menyiasat kes ini sebaik Nur Idayu sembuh supaya dapat menjadi pengajaran kepada semua pihak bahawa tidak boleh larikan isteri orang dan ini tidak baik untuk institusi keluarga," katanya.

Alhamdulillah inisiatif KP1M harus dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia untuk lebih prihatin dengan masalah warganegara Malaysia yang menghadapi masalah serta rintangan.

1 comment:

  1. Anwar main isteri orang pulak macam mana???

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...