Full Width CSS

Kos RM8,000 Ambil Amah Berkhidmat Sehari & Esoknya Lari Rumah @NajibRazak @MuhyiddinYassin #1Malaysia


Sebanyak RM8,000 diperlukan untuk mendapatkan khidmat seorang pembantu rumah warga Indonesia yang tidak diketahui..

i - latar belakang keturunan
ii - nama sebenar
iii - rupa paras
iv - berapa lama tempoh khidmat

Inilah risiko dan kos yang terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia untuk mendapatkan seorang amah @ pembantu rumah warga Indonesia.
Semalam Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kadar releven ini mengambil kira kos-kos yang wujud antara kedua-dua negara seperti latihan 200 jam, kos dokumen perjalanan, kos makanan, penginapan pembantu rumah sebelum penyerahan dilakukan kepada majikan, kos pengangkutan, kos pemeriksaan kesihatan dan lain-lain.

Kadar yang ditetapkan ini bagi saya, amatlah tidak munasabah dan membuatkan rakyat Malaysia teraniaya. 

Saya mempunyai pelbagai pengalaman berkenaan pembantu rumah Indonesia ini. Kebanyakannya mereka yang berkhidmat ini terlalu demands dan tidak ikhlas menjalankan tanggungjawab. Hal yang berlaku kepada Kakak dan MakCik saya, apabila pembantu rumah yang baru diambil bekerja selama 3 hari hingga seminggu melarikan diri dari rumah.

Lebih parah lagi, ada yang mengambil kesempatan melarikan barang-barang bernilai dari keluarga saya seperti barang kemas dan telefon bimbit. Saya percaya, hal ini bukan saja terjadi kepada keluarga saya malahan kerap terjadi kepada rakyat Malaysia yang lain.

Apabila hal ini diajukan kepada majikan mereka, agensi terbabit berjanji untuk menghantar pembantu rumah yang lain dan tidak akan sesekali membayar semula ganti rugi tersebut.


Seperkara yang terjadi kepada saya apabila pembantu rumah yang melarikan diri daripada rumah kami, telah  bekerja sebagai pembantu rumah di rumah kawan saya yang tinggal di sebelah kawasan perumahan saya. Apabila saya bertanyakan agensi mana yang beliau ambil, ternyata ianya agensi yang sama seperti saya ambil pada permulaanya sebelum ini.

Malah, kes seperti yang dialami oleh MakCik saya juga apabila terserempak dengan bekas pembantu rumahnya yang bekerja di restoran makan. Apa yang menjadi persoalannya ialah bagaimana pembantu rumah tersebut boleh bekerja di premis makanan sedangkan dalam dokumen yang tercatat tertulis sebagai pembantu rumah.

Itu belum lagi dicampur dengan kes-kes penderaan anak majikan yang banyak tersebar di laman YouTube hari ini. 

Sangat memeranjatkan dan tidak disangka apabila agensi yang membekalkan pembantu rumah ini juga sebenarnya berperanan sebagai orang tengah yang tergamak menipu dan memanipulasikan keadaan di kala rakyat Malaysia memerlukan khidmat pembantu rumah.

Saya percaya, ada di kalangan pembaca pernah menjadi mangsa keadaan sebegini dan terpaksa mengeluarkan dan membelanjakan beribu-ribu RM untuk tujuan ini. Kerajaan harus peka akan keadaan ini, sebagai rakyat Malaysia sudah tentu saya tidak mahukan perkara sebegini berulang dan terus berulang dan akhirnya status pembantu rumah ini tidak diketahui dan diisytiharkan sebagai TIDAK DAPAT DIKESAN di dalam negara ini.

Adakah dengan kenaikan kos pengambilan amah sebanyak RM8,000 dirasakan berbaloi untuk golongan yang memerlukan atau sebenarnya ada pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan di situ.

Tahun ini jumlahnya RM8,000 tapi tahun depan adakah jumlahnya akan bertambah menjadi RM12,000 ??


Baca sini, majikan kerugian hampir RM1juta dek angkara pembantu rumah.


RM8,000 Buat Modal Kahwin Lagi Bagus

Post a Comment

0 Comments