Full Width CSS

Pakistan Penjarakan Kanak-Kanak Hina Islam Seumur Hidup, Di Malaysia? #1Malaysia #TolakPR @NajibRazak


Mahkamah Pakistan semalam dilapor menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang kanak-kanak lelaki Kristian atas tuduhan menghantar mesej yang menghina Islam.

Peguam pendakwa raya mahkamah Toba Tek Singh di wilayah Punjab, Sheikh Javed yang memetik keputusan hakim pada Sabtu lalu berkata, tertuduh, Sajad Masih turut dikenakan denda sebanyak 200,000 rupee (RM6,000).Masih ditahan polis pada 2011 selepas didapati menghantar mesej menghina Nabi Muhammad SAW kepada beberapa orang ulama.

Peguam yang mewakili kanak-kanak itu berkata, mereka akan merayu untuk perbicaraan semula kes berkenaan.

Ulasan : 

So bagaimana dengan pihak berkuasa di Malaysia, adakah akan turut menggunakan pendekatan yang sama seperti di Pakistan ataupun masih mahu terus mendiamkan diri sehingga rakyat terutamanya yang beragama Islam turun di jalan raya melepaskan kemarahan.

Isu orang bukan Islam menghina Islam sudah lali kita mendengarnya dan lebih meloyakan setiap perbuatan provokasi mereka akan diakhiri dengan permohonan maaf secara terbuka yang dilihat SANGAT 'ikhlas'. Tetapi pengakhirannya lagi, tiada pun penguatkuasaan dilakukan kepada mereka kerana orang Islam pemaaf golongannya.

Soal politik mungkin rakyat akan berbelah bahagi untuk menyatakkannya tetapi ini soal agama Islam, jangan nak main-main kerana kesilapan dan kealpaan sedikit kerajaan mungkin akan mengakibatkan kerugian dari segi sokongan rakyat terutamanya.

Nak-nak pula sekarang ni Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut semakin hampir. Fikir-fikirkanlah sebelum terlambat.

Post a Comment

1 Comments

  1. Kalau kat Pakisatan dipenjara seumur hidup, kat Malaysia eloknya DIPANCUNG. Penjara seumur hidup hanya membebankan kos sahaja. Buat habis beras aje.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..