Full Width CSS

#PRKKualaBesut : 200 Rumah Baru Dibina Di Pulau Perhentian #1Malaysia #TolakPR @NajibRazak @MuhyiddinYassin @ahmadmaslan @tunfaisal


Sejumlah RM33 juta diperuntukkan untuk menyiapkan 200 unit rumah flat untuk penduduk di Pulau Perhentian, Terengganu. Projek yang bermula setahun yang lalu dijangka disiapkan dalam tempoh dua tahun lagi jika segala perancangan dibuat mengikut jadual.

"Saya akan ke Pulau Perhentian lagi untuk memantau projek tersebut termasuk pembinaan masjid baru bernilai RM12 juta di situ," MB Terengganu.


Kerajaan negeri juga telah membina 555 unit rumah mampu milik di Kuala Besut, 200 lagi sedang dibina dan 72 unit pangsapuri di Kampung Lay Out, Tok Saboh.

Dalam lawatan Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Bin Said, semasa dalam perjalanan ke sana, beliau dan rombongan disambut kira-kira 100 buah bot pelancong yang lengkap mengenakan bendera UMNO dan Barisan Nasional.


Ahmad Bin Said juga turut berkesempatan bertemu mesra dengan warga nelayan dan anak-anak didikan Tadika Kemas di bawah kelolaan kerajaan Malaysia.

Beliau turut meluangkan masa bersama penduduk asal Pulau Perhentian yang mempunyai masalah kesihatan dan beliau juga berharap kemudahan infrastruktur buat penduduk Pulau khususnya akan disegerakan dan dinaik taraf.



Jom pakat sokong BARISAN NASIONAL


Post a Comment

0 Comments