Full Width CSS

#PRKKualaBesut : Calon PAS Diarahkan TUTUP Mulut ! #1Malaysia #TolakPR @NajibRazak @MuhyiddinYassin @ahmadmaslan


Che Long calon PAS Kuala Besut, Terengganu yang bakal merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini terkilan apabila beliau diarahkan menutup mulut daripada terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dianggap bakal merosakkan perancangan PAS untuk merampas kerusi ini.

Muka depan suratkhabar Sinar Harian semalam menyiarkan kenyataan daripada Pengurus Kempen PRK Dun Kuala Besut, Hanafiah Mat yang menggelarkan Che Long sebagai orang baru dalam politik dan mudah tersalah cakap dengan membuat kenyataan spontan.

Kesian Che Long terpaksa berhadapan dengan pelbagai rintangan bagi menghadapi PRK kali ini di mana hak kebebasan beliau untuk bersuara ditolak oleh jawatankuasa PAS. Nada kekesalan dan terkilan Che Long dapat dilihat daripada ucapan beliau pada ceramah malam tadi di Tok Saboh, Kuala Besut.

Lihat di bawah..


Bagi saya, tiada salahnya Che Long mengeluarkan pendapat peribadi beliau melalui kenyataan spontan di hadapan media.

Perbuatan jawatankuasa PAS yang menidakkan hak bersuara calon PAS di sini seolah-olah menidakkan keupayaan beliau selaku calon yang telah dilantik bagi menggalas cabaran PAS di Kuala Besut.

Dalam masa yang sama juga, kenyataan daripada Hanafiah Mat yang mengatakan Che Long sebagai orang baru dalam dunia politik meninggalkan seribu satu pertanyaan di kalangan penyokong PAS sendiri di mana adakah keputusan PAS mencalonkan Che Long merupakan pilihan yang tepat atau sebenarnya ia adalah keputusan terdesak mencari calon yang berkelayakan dan hanya Che Long saja calon yang merupakan pilihan akhir?

Orang baru dalam politik memberi gambaran yang luas sebenarnya. Adakah Che Long tidak mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang politik atau adakah Che Long hanya digunakan untuk kepentingan pihak tertentu saja. 

Persoalan demi persoalan timbul di kalangan penyokong PAS yang melihat kepincangan dari peringkat kepimpinan PAS untuk PRK kali ini.

Post a Comment

0 Comments