Full Width CSS

#PRKKualaBesut : Ini Tanah Kelahiran Saya #1Malaysia #TolakPR @NajibRazak @MuhyiddinYassin @ahmadmaslan @tunfaisal


Selama ini asal usul calon bukan menjadi isu besar bagi Pas namun dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, persoalan ini paling awal kedengaran dalam kempen dan sasaran tentunya terarah kepada calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman.

Apa yang mengejutkan Tengku Zaihan, beliau dicanang sebagai bukan anak tempatan bagi menunjukkan calon BN itu tidak dikenali dan sukar diterima oleh masyarakat di sini kerana tidak ‘berakar umbi’ di sini .

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Tengku Zaihan menafikan dakwaan itu kerana beliau dilahirkan dan dibesarkan di Besut sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Dungun dan di Universiti Sains Malaysia.

Anak kepada pengasas Sekolah Menengah Agama Ittifaq itu memberitahu, beliau memiliki sebuah rumah di Taman Seri Seratus di sini sebelum berpindah ke Putrajaya tiga bulan lalu.


Che Ku Abdul Rahman Che Ku Abdullah (tengah) menyambut rakan-rakan dan ahli keluarganya yang hadir pada jamuan pembukaan Bilik Gerakan BN di Taman Sri Seratus, Kuala Besut, malam tadi.

“Saya memang anak tempatan, lahir di sini dan dibesarkan di sini. Keluarga saya memiliki rumah di Kampung Nail," ujarnya ketika ditemui sewaktu bertemu pengundi di Pasar Tani Kuala Besut di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam sidang akhbar kelmarin bahawa terdapat keraguan mengenai status asal calon BN itu.

Malah pemilihannya sebagai calon oleh pucuk pimpinan dan bukannya pilihan UMNO bahagian dan UMNO Negeri.

“Macam mana saya dikatakan bukan orang tempatan sedangkan saya dilahirkan di sini dan mengundi di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2," kata Tengku Zaihan lagi.

Menurutnya, beliau tidak akan membuang masa berkempen dengan melakukan serangan peribadi terhadap lawan, apatah lagi ketika umat Islam sedang menyambut Ramadan.

‘‘Bulan penuh keberkatan itu, tidak harus dicemarkan dengan perbuatan sebegitu apatah jika menabur fitnah dan penuh dengan cercaan," ujarnya.

‘‘Saya ingin bina jambatan silaturahim. Itu pendekatan yang saya sebut sejak awal dan gunakannya dengan turun padang mendekati masyarakat. Dari hari ke hari saya melihat perkembangan yang sangat positif," ujarnya.

Post a Comment

0 Comments