Full Width CSS

Raja Muda Perlis Desak Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Terhadap Penghina Islam #1Malaysia #TolakPR @NajibRazak


Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mereka yang sengaja melakukan penghinaan dan provokasi terhadap Islam.

Baginda bertitah, perbuatan itu merupakan pernyataan sinis yang melampau dan ia tidak boleh diterima oleh rakyat yang waras apatah lagi mereka yang berpendidikan terutama dalam konteks masyarakat majmuk."Janganlah siapa sekalipun bermain api. Jauhilah daripada berjudi dengan sentimen agama dan kaum demi menjaga kesejahteraan dan keharmonian negara yang kita cintai ini," titah baginda.

Baginda mengingatkan bahawa walaupun Islam mengajar umatnya bertoleransi namun sikap Melayu-Islam perlu sentiasa kukuh.

"Sudah tiba masanya setiap umat Islam menjana transformasi dengan melakarkan perubahan, mewarnai persekitaran berpandukan agama Islam, bersendikan al-Quran dan al-Sunnah, berpaksikan kepada Rukun Islam dan berteraskan Rukun Iman," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, mutakhir ini berlaku banyak kekeliruan dan salah tafsir mengenai Islam dengan pelbagai label diberikan.

"Propaganda seperti ini jika dibenarkan berterusan mampu merosakkan nama dan kesucian Islam selain meracuni pemikiran sehingga klise sebegini mudah dianggap sebagai satu kebenaran," titah baginda lagi.

Baginda mengingatkan umat Islam supaya terus membela serta mempertahankan kesucian agama di samping mengukuhkan syiarnya demi kelangsungan tamadun.

Post a Comment

2 Comments

  1. Menteri UMNO berani ke nak ambil tindakan?

    ReplyDelete
  2. Tuanku tolong beritahu kat Najib dan melayu yang liberal.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..