Full Width CSS

@razlanrafii Nyatakan Hasrat Kesediaan Galas Ketua Pemuda UMNO Malaysia #1Malaysia @NajibRazak @MuhyiddinYassin @ahmadmaslan


"Sekiranya tiada calon yang mahu bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saya sendiri menawarkan diri untuk bertanding" - Mohd Razlan Muhamad Rafii

Demikian ulasan Ketua Pemuda UMNO Seputeh semasa diminta untuk memberi ulasan spekulasi beliau akan bertanding exco Pemuda UMNO Malaysia.

Jelas beliau, hasrat untuk menggalas kerusi Ketua Pemuda UMNO disebabkan atas rasa tanggungjawab terhadap kepentingan Islam dan bangsa Melayu di negara ini.


Mohd Razlan berkata, jika tiada calon yang bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan UMNO akan datang dan YB Khairy Jamaluddin tidak mahu mempertahankan posisi sekarang, beliau bersedia untuk menggalas tanggungjawab ini demi agama, bangsa dan negara tercinta.

Ditanya adakah beliau akan tetap bertanding jika YB Khairy mempertahankan posisi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, beliau menjelaskan tidak akan bertanding kerana beliau masih lagi yakin dan percaya dengan kepimpinan YB Khairy Jamaluddin serta meletakkan harapan yang tinggi transformasi Pemuda akan lebih gitu selepas pemilihan akan datang.




Beliau berkata demikian di Majlis Berbuka Puasa Pemuda UMNO Seputeh di Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh, Taman Desa. Turut hadir YBhg Ketua Penerangan UMNO, Dato Ahmad Maslan dan Ketua Bahagian UMNO Seputeh & Yayasan Seputeh, Datuk Mustapa Kamal.

Post a Comment

1 Comments

  1. lupakanlakau tu sape...
    seputeh ialah bhgn palinh haprak
    majority tewas plg teruk di masia
    ada x tambah xde x.kurang

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..