Full Width CSS

SPAD Jamin Bas Mencukupi Tapi Berani Jamin Penumpang Takkan Ditipu? #1Malaysia @SPADChannel @aduanSPAD @SPADnews


Tan Sri Hamid Albar pernah memberi jaminan bahawa keperluan bas untuk perjalanan pulang ke kampung mencukupi dan penumpang tidak perlu gusar kerana bas tambahan dirasakan dapat menampung jumlah penumpang yang meningkat.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), memberitahu pihak mereka ada mengeluarkan Lesen Perubahan Sementara (LPS) untuk pengusaha-pengusaha bas persendirian bagi menampung jumlah penumpang bas ke seluruh negara terutama ke Pantai Timur.
Menurut sumber juga, tempoh sah laku LPS 7 hari sebelum Hari Raya dan 8 hari selepas itu. Itu jaminan dari pihak SPAD seperti yang diucapkan oleh Pengerusi nya.

Tahniah saya ucapkan kepada SPAD kerana mengambil langkah yang serupa saban tahun. 

Tapi pernahkah kita terfikir saban tahun isu yang serupa juga akan berlaku iaitu penipuan penjualan tiket bas oleh ulat-ulat tiket. Bagi pihak SPAD, mungkin caranya mudah untuk mengetahui penipuan penjualan tiket berlaku ialah semasa menerima aduan daripada pihak pengguna (penumpang).

SPAD tidak boleh hanya berharap pada laporan yang dibuat saja. SPAD perlu memantau secara menyeluruh penjualan tiket oleh ulat-ulat yang berpakaian biasa. 


Menyentuh pula bab lain iaitu kadar harga tiket yang tidak menentu. Pernah sekali saya menjadi mangsa apabila pihak yang menjual tiket tersebut mengenakan cas yang lebih kepada saya disebabkan tarikh Hari Raya begitu hampir iaitu 2 hari sebelum. Dek kerana terdesak, saya terpaksa membelinya juga disebabkan perubahan notis cuti daripada syarikat saya bekerja.

Perkara lain pula berlaku apabila bas yang dibenarkan berkhidmat hendak sekurang-kurangnya 12 tahun tetapi adakah pihak SPAD sedar, ada di antara keadaan dalam bas yang begitu dasyat untuk dibayangkan keadaannya. Seharusnya untuk perjalanan pulang ke kampung dengan jarak yang jauh dan harga tambang yang agak tinggi, penumpang merasa selesa.

Tetapi sebaliknya apabila sistem penghawa dingin yang berfungsi kadang-kadang apabila bas bergerak lancar dan keadaan kerusi yang tidak selesa dan pernah terjadi apabila tempat sandar kerusi bergerak dengan sendiri ke belakang apabila penumpang bersandar. Itu tak termasuk lagi dengan kes kerusi tercabut dan bas rosak dan tersadai di tepi jalan.


Banyak lagi perkara-perkara yang tak diingini didengar oleh semua pihak terutamanya penumpang yang akan menganggap ia sebagai mimpi ngeri menaiki bas dan menjadi bebanan kepada SPAD untuk mencegah ia daripada berlaku.

Saya ingin bertanya beberapa soalan kepada SPAD untuk dijawab supaya rakyat mendapat pencerahan dan tidak merasa bimbang apabila menaiki bas tambahan.

1. Adakah SPAD mencegah dan menguatkuasakan undang-undang terhadap ulat-ulat tiket pada musim perayaan kali ini?
2. Bagaimana pihak SPAD mencegah penjualan harga tiket yang tak menentu? Adakah pihak SPAD mengeluarkan carta harga untuk sekian-sekian perjalanan di kaunter tiket?
3. Jika penumpang ditipu harga tiket ataupun bas tersebut tidak sampai, bagaimanakah pihak SPAD mengatasi masalah mangsa ini?
4. Pertambahan bas tambahan sangat baik tetapi adakah pihak SPAD memeriksa kondisi setiap bas tersebut sebelum dibenarkan berada di atas jalan raya?
5. Jika mangsa membuat aduan kepada SPAD di stesen bas, apakah tindakan spontan SPAD? 

Saya berharapkan jawapan sebelum hari Jumaat 2/8/2013 ini.

Post a Comment

0 Comments