Monday, August 5, 2013

Bangkai Bernyawa Dalam Pentadbiran Kerajaan #1Malaysia @NajibRazak #TolakPR


Pertama sekali, saya ingin lahirkan rasa kasihan terhadap Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak setelah saya membaca surat yang ditandatangani oleh Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar.

Keduanya saya ingin menyatakan bahawasanya Tan Sri ini merupakan seorang yang tidak mempunyai semangat patriotik dan mempunyai kepentingan sendiri.

Mengapa saya berkata demikian, mungkin inilah jawapannya.

Kereta Proton Perdana merupakan kereta bertaraf Nasional dan telah digunakan semenjak ianya dikeluarkan oleh Proton sehingga kini. Sebagai seorang penjawat awam, beliau sepatutnya mempunyai asas utama semangat patriotik iaitu dengan menggunakan barangan buatan Malaysia untuk kegunaan mereka yang berkhidmat untuk kerajaan Malaysia.

Pelik rasanya jika seorang penjawat awam yang dibayar gaji, pelbagai elaun dan menerima semua itu di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan yang mengiktiraf Proton sebagai pembuat kereta Nasional negara, tidak mahu menggunakan kenderaan buatan tempatan hanya kerana ingin menjaga status kah.

Saya percaya andai benar hal ini terjadi, banyak lagi Jabatan-Jabatan dan Kementerian akan menukar kereta buatan anak tempatan ini dengan kereta buatan asing. Sudah tentu kos perbelanjaan akan bertambah dan meningkat saban tahun.

Namun bagi saya yang hanya berpelajaran sehingga tahap Diploma ni, lebih baik pakai kereta buatan tempatan daripada mengagungkan kereta buatan asing. Jangan hanya kerana persepsi menganggap kereta Proton mudah rosak dan tidak berkualiti sebagai alasan untuk menukar kereta ini.

Ketahanan sesebuah kereta sebenarnya bergantung kepada tahap pemanduan dan penggunaannya. Kalau bawak kereta macam lahanat, memang lah jahanam lepas tu.

5 comments:

  1. memang la ramai bangkai bernyawa dlm pentadbiran awam...nak hapus mcm mana????
    tak ada peraturan dlm general order utk delete bangkai biawak bernyawa dlm perkhidmatan kerajaan,,,yg ada cuma peraturan buang kerja sebab masalah disiplin....Najib pun x boleh nak buat apa apa....paling paling pun kena tukar ke jabatan lain yg tak ada kena mengena dgn skop kepakaran kerja....jadi kera sumbang la pegawai tu di jabatan baru....

    ReplyDelete
  2. dah nama keta kerajaan, depa rembat cukup2 lah

    ReplyDelete
  3. masukkan ke dlm senarai org2 yg tak dikehendaki dan perlu dinyahkan.

    ReplyDelete
  4. Tu bkn arahan dr dia kn? Surat tu kata 'kerajaan telah memutuskan...'. Dia cuma panjangkn surat ni. Dh keja dia, bkn dia yg buat keputusan kn? Mesti kene dpt clearance dr menteri sbb bnda ni bajet besar kn. Bkn apa, cm kesian lak mamat ni yg kene x pasal2

    ReplyDelete
  5. Siapelah pembekal kereta honda ini agaknyeer.. Audit Negara dan SPRM kena kena pantau urusan ini jika telah berlaku sekarang..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...