Sunday, August 25, 2013

Eloklah P. Waythamoorty Letak Jawatan Sebagai Timbalan Menteri Di JPM #1Malaysia @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Tindakan pemimpin Hindraf hari ini yang diberi jawatan ehsan selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) dianggap tidak beretika dan tak mengenang budi selepas beliau cuba bertindak menjadi hero untuk kaum india.

P. Waythamoorthy yang berjawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengkritik tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membanteras penjenayah dan kongsi gelap di Pulau Pinang minggu lepas.

Tindakan Moorthy yang cuba menjadi hero kepada keluarga mangsa kononnya mangsa dianiaya kerana mereka yang ditembak mati bukannya penjenayah yang disyaki.

Kelakar dan bodoh bila Moorthy cuba menegakkan benang yang basah apatah lagi sebenarnya si penjenayah menembak ke arah pihak Polis terlebih dahulu. Saya percaya pihak Polis menggunakan SOP (Standard Operation Procuders) biasa apabila menahan orang yang disyaki dan saya lebih yakin & pasti Polis tidak akan menembak mereka jika tiada ancaman.

Bagi saya, Moorthy bercakap seolah-olah beliau di pihak Pembangkang yang tidak mempunyai kepentingan di dalam barisan Kerajaan. Ini sekali gus menunjukkan beliau tidak percaya akan tanggungjawab Polis dengan mempertikaikan tindakan penguatkuasaan yang dilancarkan dan tindakan beliau boleh dianggap sebagai cubaan untuk mencampuri urusan Polis.

Tindakan ini amat bertentangan dengan jawatan sebagai Menteri dalam Kerajaan. Kerana sepatutnya beliau haruslah bersuara  & yakin dengan dasar-dasar Kerajaan bukannya mengkritik urusan pentadbiran Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Jawapan balas Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang meminta Moorthy melepaskan jawatan jika beliau serius kononnya untuk memperjuangkan nasib kaum India yang 'tertindas' dan dianiaya oleh Kerajaan.

Pada hemah saya, Moorthy patut ikut saranan daripada Zahid Hamidi dan Karpal Singh. Jangan duduk di dalam kabinet jika ingin bersuara dan menghentam dasar kerajaan.

Sama jugalah kepada mana-mana individu dalam kerajaan tu. Lebih baik lepaskan jawatan kalau nak mengkritik je kerjanya.

Puiii

1 comment:

  1. bangsat paria ni x sepatut nya duduk dalam kabinet..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...