Full Width CSS

Melayu Pulau Pinang Terpaksa Berkorban Demi #TandaPutera #1Malaysia @NajibRazak @LokmanAdam


Mulai hari ini filem yang telah lama kita nantikan tayangannya, "Tanda Putera" akan ditayangkan disemua pawagam negara ini. Teman-teman di Pulau Pinang terpaksa menunggu proses tindakan yang sedang KKMM kaji terhadap Kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah mengharamkannya.

Secara peribadi saya telah menonton filem ini sebanyak dua kali dan terus terang saya akui inilah filem yang paling menyentuh emosi saya. Hampir separuh dari masa tayangan filem ini saya mengalirkan air mata. Selain daripada mengisahkan payah jerih pimpinan negara mengembalikan kestabilan keamanan negara selepas berlakunya peristiwa 13 May, ianya turut memaparkan pengorbanan Allahyarham Tun Abdul Razak dan Tun Dr Ismail yang merahsiakan penyakit yang mereka hidapi demi memastikan kestabilan politik ketika itu.
Filem Tanda Putra boleh saya kategorikan sebagai filem yang "WAJIB" ditonton oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan bumi bertuah ini. Saya menyeru semua teman-teman agar dapat mengembling seberapa ramai anak muda yang boleh bagi menyaksikan filem ini.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


LOKMAN NOOR BIN ADAM
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA
29 Ogos 2013

Post a Comment

0 Comments