Wednesday, August 28, 2013

Sesuka Hati Nak Suruh @NajibRazak Letakkan Jawatan, Kau Siapa? #1Malaysia #PemilihanUMNO


Tindakan Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi yang mempersoalkan kredibiliti & kewarasan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak memimpin negara selepas Pilihanraya Umum 13 (PRU13) amat mendukacitakan. Tambahan lagi beliau mengutarakan pendapat mewakili Kepimpinan Wira Perkasa.

Saya sebagai seorang ahli UMNO & juga ahli PERKASA, ingin mempersoalkan semula kepada Irwan Fahmi, apakah transformasi yang dilakukan oleh kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini tidak membantu dan membawa faedah langsung orang-orang Melayu terutamanya ahli-ahli PERKASA?



Perlu diingat, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diwujudkan dan disampaikan bukan kerana untuk mengutip undi daripada rakyat seperti didakwa tetapi ia lebih kepada meringankan bebanan rakyat yang saban hari terpaksa menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Begitu juga dengan pertumbuhan yang pesat dan semakin meluas, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) diwujudkan semata-mata untuk rakyat membeli dengan harga borong dan rakyat tidak perlu berharap kepada pasaraya-pasaraya tertentu saja di Malaysia. Ini memberikan pilihan kepada rakyat menilai perbelanjaan isi rumah dengan lebih jimat.

Yuran persekolahan PERCUMA & pelajar diberikan wang perbelanjaan RM100 seorang untuk meringankan bebanan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil yang masih bersekolah. Ini semua dilakukan dan diwujudkan oleh kerajaan BN semata-mata untuk membantu rakyat negara ini termasuk bangsa Melayu sendiri.

Irwan Fahmi, ingatlah seperkara ini.

Pada PRU13 yang lepas dan sebelumnya saya mengundi BN. Saya memilih untuk terus hidup sejahtera bersama kerajaan yang sedia ada hari ini. Kerana yakin dan percaya kepada kepimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak, saya dan ahli-ahli keluarga membuat keputusan untuk terus memberikan mandat kepada YAB Perdana Menteri bagi memimpin negara tercinta ini.

Perlu diingat wahai Irwan Fahmi, Hj Najib dipilih secara demokrasi oleh Perwakilan UMNO dari peringkat akar umbi. Bukannya beliau dipilih menerusi Persidangan Tahunan PERKASA atau lain-lain. So tak perlulah hang meminta-minta Hj Najib meletakkan jawatan hanya kerana hang marah kepadanya sebab 8% sokongan Cina kepada kerajaan BN.

Saya dan ahli-ahli UMNO akan pertahankan Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri selagi beliau masih lagi releven dengan teras perjuangan UMNO memperjuangkan Agama, mempertahankan Bangsa & mendaulatkan Negara.



P/s : Mana nak letak 3.2 juta ahli UMNO yang lain, dorang tak marah ker?

14 comments:

  1. sokong irwan fahmi !

    ReplyDelete
  2. sokong irwan fahmi

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya ramai penyokong UMNO bersetuju dalam diam apa yang dikatakan saudara Irwan Fahmi, apakah Perdana Menteri langsung tidak boleh ditegur. Lebih baik hal ini berlaku daripada kita tertipu seperti mana kaum cina yang telah menipu kita dan diterjemahkan melalui pilihanraya lalu.

    ReplyDelete
  4. Yang sudah tidak BERMAYA *KEHILANGAN ARAH* memang WAJAR d ganti,Bantuan bagaikan melepaskan batuk d tangga tu Usahlah diPERBESARKAN,...ciput je tu kalau nak diperkatakan.
    YANG NAK DI GANTI TU PEMIMPIN BUKAN KERAJAAN apa yanh KALUT SANGAT.
    SOKONG irwan fahmi

    ReplyDelete
  5. saya sokong saudara Irwan Fahmi! x1juta

    ReplyDelete
  6. orang akan respect kalau najib undur secara terhormat...

    ReplyDelete
  7. yuran sekolah percuma? kemudian pibg sekolah anak aku kutip sorang rm300 sebab kena support aktiviti sekolah yg tak dak duit! aku sanggup bayar walaupun rasa macam kena tipu. Tp aku dah tak tahan dgn pemimpin yang sanggup korbankan bangsa sendiri sebab nak sangat jaga bangsat pendatang! Resign sajalah Najib!

    ReplyDelete
  8. Soalnya klau najib turun saper yg naik? Muhyidin? Dan bila muhyidin x capai 'kpi' irwan fahmi, nk suruh muhyidin turun jgk? Pastu sapa yg naik? IBRAHIM ALI???? Sorila bro, org x suka dgn cara retorik, walaupun najib sekalipun klau kuat retorik sekalipun gua x sokong! Soalnya skrang benchmatk mana yg mamat nie pkai smpai nk desak2 org turun? Kekadang dtg jgk dlm pkiran gua apakah bila pak lah turun dulu menyebabkan nasib umno lebih baik atau buruk. Pada gua, klau nk desak mcamana pun beradab la weiii.. abis disalahkan semua usaha dan komitmen krjaan sbb semata2 amarah kpd org lain. Tak terpikir ker klau rm500 yg kjaan bg setidak2nya memenuhi hajat seseorang yg hmpir x sampai, xdipenuhi? Klau kita pandang benda tue sbg taktik pancing undi maka apa bezanya mamat nie dgn puak2 pembangkang yg lain? Memang sndri gua pun bebulu dgn tindak tanduk najib yg mcm mengemis dgn cinabeng, seolah2 undi segala2nya, tapi apa pilihan yg kita ada? Dgn kuasa melayu yg lebih dr separuh tp politik yg lain2? Atau mungkin perkasa patut pikir kab dulu nasib surat khabar suara perkasa? Pi mana dah skang bro? Dah ke laut?

    ReplyDelete
  9. betoi tuuu,Najib byk jaga sepet tapi dari prk sarawak sampai pru13, sepet bagi signal, mlayu byk sukung Najib sebab ayat berapi kat perhimpunan Agung Umno masa tu...sedar lah....
    aku pon punye perasaan yg kuat kat Najib sebelumnya tapi kini tidak lagi, lebih byk kecewa dgn byk keputusan jib gor,nk tgk berita tv/paper pon maleh..
    kalau paklah gentle ngaku kalah,nape tidak najib oiii

    ReplyDelete
  10. U siapa nak persoalkan irwn fahmi...Lu blogger kalau kaki ampu sila teruskn.

    Irwan rakyat Malaysia, suka dia le kalau dia nak najib ketak jawatan pm..Lu umno nak suruh najib jadi president umno sampai mampus...itu lu punya parti, itul Lu punya pasal.

    Aku ahli umno, setiausaha cawangan, ajk bahagian menang nak najib berundur.

    Lu siapa nak halang aku,

    ReplyDelete
  11. sokong irwan fahmi

    ReplyDelete
  12. RM500.00 kalau dibahagikan dengan 12 berapa sangatlah bro. aku tak Nampak pun dapat meringankan beban.

    Pokoknya keutamaan kepada kepentingan Cina melampau lampau. Sekolah vernacular sama sekali telah menafikan agenda sebenar 1Malaysia. Dengan mengiktiraf sekolah dan bahasa Cina bukan kah itu juga mencabar kepentingan Melayu?

    Aku malas nak layan dan komen panjang panjang dengan orang orang yang berfikiran liberal. Terus terang aku juga ahli UMNO tetapi tidak berarti aku bersetuju dengan kepimpinan UMNO hari ini. Aku sarankan admin masuk ke gelanggang yang sudah pun disediakan oleh :

    http://dinturtle.blogspot.com/2013/08/kenapa-umno-tidak-pernah-mahu.html

    ReplyDelete
  13. Siapa yg sokong sekolah SKJC & SKJT ? - PM - Najib & TPM - Mahyuddin.

    INI ADA LAH FAKTA :

    Nalib - suka dengar kata cina
    Mahyuddin - suka bagi projek berbilion2 pada cina
    Hishamuddin - suka bagi amaran, tiada tindakan

    Dr Zahid Hamidi - nampak berani, baleh jadi pembila Melayu / Islam

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...