Wednesday, September 4, 2013

Ahli Parlimen Rusia Mahu Jadi Batu Api Kongres Amerika


Ahli-ahli Parlimen Rusia dilaporkan mahu terbang ke Washington bagi 'memujuk' Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) supaya tidak menyokong rancangan Presiden Barack Obama melaksanakan operasi ketenteraan di Syria.

Speaker dewan tertinggi Parlimen Rusia, Valentina Matviyenko berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada Presiden Vladimir Putin dan kedua-dua dewan telah bersetuju untuk menghantar wakil mereka.

"Saya berpendapat sekiranya kita berjaya berdialog dengan rakan kita di Kongres AS bagi bertukar-tukar hujah, kita mungkin dapat memahami antara satu sama lain dengan lebih baik.

"Kami berharap Kongres Amerika akan mendapat kedudukan seimbang pada akhirnya tanpa hujah yang kuat dengan tidak menyokong cadangan penggunaan ketenteraan di Syria," katanya.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...