Thursday, September 19, 2013

BERHENTI Racuni Fikiran Rakyat #1Malaysia


Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa pembangkang menghentikan tindakan meracuni fikiran rakyat dengan cubaan menonjolkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sebagai wira dan pejuang negara.

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, pihak terbabit sengaja mahu mewujudkan kekeliruan dalam pemikiran rakyat terutamanya golongan muda selain cuba meraih pengaruh politik dalam kalangan masyarakat.Jelasnya, sejarah negara dengan jelas membuktikan dosa Chin Peng begitu besar dan tidak boleh dimaafkan terutamanya kekejaman yang dilakukan pengganas komunis terhadap rakyat.

"Generasi baharu yang kurang pengetahuan sejarah mudah dipengaruhi pembangkang yang akan memutar-belit serta memanipulasi fakta sebenar," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Menurutnya yang juga bekas pesara tentera, selama 22 tahun berkhidmat dalam angkatan tentera dan empat kali bertempur dengan pengganas komunis yang bertindak zalim, beliau memahami perasaan rakyat negara ini yang marah dengan kekejaman pengganas tersebut.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...