Full Width CSS

#PemilihanUMNO : Analisa Kekuatan & Pengaruh Media Sosial Calon² NKP UMNO #1Malaysia @LokmanAdam @azwanbro @jamawijaafar @KhairyKj @NajibRazak

Hari ini saya tergerak untuk menulis pandangan saya berkaitan topik "Analisa Kekuatan & Pengaruh Media Sosial Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia".

Seperti mana yang kita ketahui, memandangkan jumlah ahli akar umbi yang akan memilih pemimpin Pemuda UMNO kali ini mencecah hampir puluhan ribu, adalah mustahil bagi calon - calon Naib Ketua Pemuda untuk bertemu semua ahli akar umbi, oleh itu media sosial lah menjadi medium paling cepat & effective untuk berinteraksi dengan ahli akar umbi dan untuk calon menyampaikan mesej serta berkongsi aktiviti harian mereka. Antara medium media sosial yang sering digunakan adalah Facebook, Twitter, Blog & Instagram. Selain itu, saya mendapati terdapat juga beberapa calon yang menggunakan Youtube untuk menyampaikan mesej mereka. Kesimpulan dari analisa dan penyelidkan saya, berikut adalah some of my findings:

Facebook


Lokman Adam mempunyai Like sebanyak 36,518

Jika dilihat dari segi pengaruh FB, saya dapati saudara Lokman Noor Adam mendahului dalam senarai "Like" terbanyak. Setakat kini, jumlah "Like" saudara Lokman Noor Adam adalah 36,518 berbanding dua calon yang lain iaitu mereka hanya mempunyai jumlah "Like" sebanyank 2,959 dan 528 respectively.



Azwan Bro mempunyai jumlah Like sebanyak 2,959




Jamawi Jaafar mempunyai jumlah like sebanyak 528

Selain itu, saya mendapati antara ketiga-tiga calon, antara calon yang communicate dengan followers mereka di Facebook hanya Lokman Noor Adam. Selebihnya lebih kepada 1 way communication iaitu mereka post sesuatu di FB dan kemudian tidak response kepada komen-komen dari followers masing-masing. Jika pembaca inginkan kepastian silalah "like" page ketiga-tiga calon dan lihat sendiri apa yang saya katakan ini.

Insyallah, jika berkesempatan esok saya akan bercerita sedikit tentang research saya berkaitan dengan kekuatan dan pengaruh calon - calon Naib Ketua Pemuda UMNO ini di twitter pula.

Post a Comment

0 Comments