Tuesday, September 3, 2013

#PemilihanUMNO : Mencari Naib Ketua Pemuda UMNO Yang Buat Kerja #1Malaysia @LokmanAdam @NajibRazak @KhairyKj


Persaingan merebut kerusi panas Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia semakin hari semakin menarik apabila calon² dilihat semakin mempersiapkan diri bagi menghadapi hari pemilihan peringkat bahagian masing².

Rata² Pemuda UMNO yang ditemui di Rumah² Terbuka Hari Raya menyatakan pendapat dan pandangan mereka tersendiri. Banyak pendapat disuarakan oleh akar umbi inginkan calon yang benar² berjuang demi UMNO dan bukannya datang dari ahli² perniagaan ataupun mereka yang hanya sekadar ingin duduk dan kentut di atas kerusi kanan Pemuda UMNO Malaysia.


Antara pendapatnya suara akar umbi, mereka mahukan calon yang mempunyai basik politik yang kuat dan mempunyai pengetahuan am yang terbaik termasuklah mengenai sejarah perjuangan asal UMNO sehinggalah parti UMNO pernah diharamkan suatu ketika dahulu.

Ada juga pendapat yang inginkan calon dari kalangan Pemuda yang mempunyai platform terbaik dalam exco Pemuda UMNO sebelum ini dan hasilnya melihat pertumbuhan positif buat parti khususnya.


Sebagai contoh Exco Pemuda UMNO, saudara Lokman Adam yang pernah menjawat posisi selaku Pengerusi Unit Pidato Pergerakan Pemuda UMNO & Barisan Nasional yang berperanan untuk turun ke seluruh pelusuk tanah air bagi memberi penerangan dan menjawab segala tuduhan liar Pembangkang terhadap kerajaan sepanjang tempoh 2008 sehingga ke hari ini.

Mungkin bagi sesetengah pendapat, pergerakan Unit Pidato ini hanya sekadar turun padang dan membaca teks perbahasan. Andaian tersebut amatlah tidak tepat. Untuk makluman bersama, mereka (Unit Pidato) merupakan sebuah unit yang pertama ke hadapan dalam mencari isu² semasa dan rakyat.

Apabila sesuatu isu dibangkitkan, maka mereka akan mula mengenalpasti dan brainstorming untuk mencari jawapan dan menangani isu tersebut untuk diterangkan di peringkat bawahan. Kepetahan dan kelantangan pemidato memainkan peranan yang banyak dan dianggap terbaik sekiranya berjaya menarik sokongan dan kefahaman orang ramai terhadap parti kerajaan hari ini.

Komitmen Lokman Adam bersama UMNO telah menampakkan keseriusan beliau untuk terus berjuang demi UMNO. Untuk rekod pembaca, Lokman Adam telah menyampaikan lebih 800 ceramah umum di seluruh negara dalam tempoh 4 tahun sepanjang memegang tanggungjawab di dalam Unit Pidato Pemuda UMNO. Kelantangan suara beliau sebenarnya memberikan kesan kepada pihak lawan apabila pihak lawan sendiri gagal menangkis dakwaan Lokman terhadap mereka.

Bagi pendapat saya, mudah.

Saya mahukan pemimpin Pemuda yang bersuara lantang dan berani di hadapan. Pemuda seperti ini yang diperlukan oleh UMNO juga bagi mencabar kebiadapan suara² Pembangkang hari ini. Kita tak mahu UMNO terus dipertikaikan dan diherdik hanya kerana suara pemimpin Pemuda UMNO gagal berfungsi atau dalam bahasa pasarnya, sakit tekak sepanjang 4 ke 5 tahun.

Jom tonton video siri 2, Lokman Adam.



Bersediakah Calon Naib Ketua Pemuda Menggalas Tanggungjawab? Klik SINI..

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...