Thursday, October 10, 2013

851 Orang Perwakilan Hilang Atau Dihilangkan #DAP ? #1Malaysia #CEC


Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng terus didesak memberi penjelasan kepada semua pihak termasuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung 'kehilangan' sebanyak 851 perwakilan dalam Kongres Khas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu 29 September lalu.

Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Baling, Kedah, Zamani Mustaffa berkata, beliau bersetuju dengan Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim perkara itu tidak pernah berlaku dalam senario politik negara.Menurutnya, adalah sangat wajar untuk kedua-dua pemimpin kanan DAP berkenaan tampil memberi penjelasan bukan sahaja kepada ROS tetapi ahli-ahli DAP mengenai perkara sebenar di sebalik 'kehilangan' perwakilan tersebut.

"Kalau sebelum ini sebanyak 753 perwakilan 'tidak hadir' dalam pemilihan CEC lalu, kali ini jumlah itu meningkat kepada 851 orang dan perkara ini perlu penjelasan.

"Perkara ini tidak pernah berlaku, malah dalam PKR mahu pun Pas tidak terjadi perkara sebegini. Jadi, kami meminta sebanyak 851 perwakilan yang didakwa 'hilang' dalam pemilihan khas CEC kali ini tampil menuntut hak mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baru-baru ini, Zamil meminta Guan Eng serta Karpal memberi penjelasan mengenai 'kehilangan' perwakilan itu dalam Kongres Khas pemilihan CEC parti tersebut.

Mengulas lanjut, Zamani memberitahu, kontroversi terbaharu itu bukan sahaja memburukkan imej pakatan pembangkang tetapi negara secara keseluruhannya.

"Saya percaya perkara ini tidak pernah berlaku di dunia. Jadi, kami menuntut ROS menyiasat perkara ini.

"Saya juga percaya sekiranya sebanyak 851 perwakilan ini hadir dalam pemilihan CEC bulan lalu, kemungkinan kedudukan Guan Eng dan Karpal lebih buruk berbanding posisi semasa mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...