Thursday, October 31, 2013

#Accident : Treler Dipandu Laju Terbabas Langgar Kereta Jabatan Perdana Menteri #1Malaysia @NajibRazak #SPADNews @AduanSPAD


Kecoh malam tadi tersebarnya video sebuah treler yang dipandu laju (mungkin tiada muatan) di susur keluar memasuki lebuhraya SKVE daripada Putrajaya.

Di dalam video tersebut menunjukkan pemandu kenderaan belakang telah merakam adegan biadap pemandu treler tersebut yang memandu secara melulu dan bersikap sambil lewa tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.

Mungkin sebelum video ini dirakam, lori treler ini sudah dilihat memandu secara agresif. Lihat video di bawah yang telah mengakibatkan kemalangan seperti gambar di atas.


Tujuan video ini dirakam adalah untuk dilaporkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tetapi boleh dijadikan bukti kukuh mendakwa kelekaan pemandu tersebut.

Ini adalah gambar kereta mangsa yang dirempuh oleh treler yang terbabas ke seberang jalan. Nampak macam kenderaan dari Jabatan Perdana Menteri.


1 comment:

  1. mana boleh heavy vehicle masuk lane laju especially 3 lanes hiway

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...