Full Width CSS

Apahal Teresa Kok Nak Meroyan Pada @MukhrizMahathir Pulak? #1Malaysia #PemilihanUMNO


“Saya nak bersifat adil tapi saya pun manusia juga. Akhirnya saya terpaksa membantu orang yang bantu saya dulu. Jadi kalau ada yang lebih-lebih tu barulah saya bantu orang lain”

Barangkali Teresa Kok terkejut dengan kenyataan terbuka Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir apabila beliau dilihat tidak senang duduk dengan keterbukaan yang dipamerkan oleh anak mantan Perdana Menteri ke 4, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Teresa Kok sendiri menyifatkan Mukhriz sebagai seorang pendendam terhadap mereka yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN) pada PRU 13 yang lepas. Ketidakbukaan Mukhriz dianggap oleh Teresa Kok umpama tidak wajar kerana Mukhriz malas melayan permintaan dari sekolah Cina.

“Maka diskriminasi ke atas masyarakat Cina dan sekolah CIna adalah amat tidak adil, tidak demokratik dan tidak boleh diterima” jelas Teresa.

Kenapa pula tiba-tiba hari ini Teresa Kok beriya-iya mahu memperjuangkan nasib sekolah Cina padahal sebelum ini Teresa hanya berdiam diri melihat daripada jauh apa yang kerajaan berikan kepada sekolah vernacular ini.

Apa relevannya setiap permintaan daripada kaum CINA khususnya perlu dilayan istimewa oleh kerajaan negeri khususnya?

Apakah bentuk sumbangan terhebat sekolah vernacular ini terhadap perkembangan pendidikan Negara dan boleh dibanggakan?

Tiada apa pun yang boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia terhadap pembangunan pendidikan & bantuan kepada sekolah vernacular ini malahan hari ini jika dilihat permintaan demi permintaan mereka telah membuatkan bangsa Melayu & India menjadi semakin muak dan mual dengan sikap kiasu mereka ini.

Tindakan Mukhriz hari ini amatlah bertepatan dengan hasrat mendahulukan kepentingan rakyat yang ikhlas terlebih dahulu berbanding dengan sebilangan rakyat yang mengambil kesempatan. Lebih baik informkan & sedarkan kaum ini terlebih awal sebelum mereka minta pelbagai benda yang tak masuk akal untuk disedekahkan pada kaum kiasu ini.

P/s : Nasib orang Melayu tidak dibela pula oleh Teresa Kok. Ini ker wakil rakyat?

Post a Comment

0 Comments