Full Width CSS

#PemilihanUMNO : Berikan Peluang Transformasi Oleh @MukhrizMahathir Dalam Saf Kepimpinan Majlis Tertinggi #UMNO #PAU13 #MM4VP


Majlis Tertinggi (MT) UMNO dirasakan semakin memerlukan bantuan otak orang² muda dalam usaha parti ini untuk meneruskan kelangsungan kehebatan dan kegemilangan UMNO bagi merealisasikan hasrat ahli yakni meremajakan parti.

Suara ramai yang berpendapat mungkin sudah tiba masanya Menteri Besar Kedah, Dato' Paduka Mukhriz Mahathir diserapkan di dalam barisan kepimpinan UMNO bagi mencapai hasrat mulia ini.
Mukhriz yang merupakan antara calon anak muda diyakini ramai kerana penglibatan dan kesungguhan beliau dalam mengembalikan keyakinan rakyat negeri Kedah kembali bertaut kasih kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU 13 yang lepas.

Sikap low profile beliau amat disenangi banyak pihak yang yakin setiap keputusan yang dilakukan oleh Mukhriz akan memberikan keputusan yang baik dan membuahkan hasil.

Sudah tiba masanya juga UMNO dan perwakilan memberikan peluang serta ruang bagi Mukhriz mentransformasikan UMNO untuk lebih maju ke hadapan. Sudah tiba masanya kita melihat ke hadapan yang jauh lebih mencabar daripada hari ini.

Blog REZQEEN HILL menyokong calon O5 untuk diketengahkan dan diamanahkan tanggungjawab bagi mewarnai corak politik yang jauh lebih hebat dan terbaik buat ahli² UMNO dan rakyat Malaysia umumnya.

SOKONG MUKHRIZ MAHATHIR
Muka Baru, Idea Baru

Post a Comment

0 Comments