Full Width CSS

#PemilihanUMNO : Keputusan Jawatankuasa Pemilihan #UMNO 2013 #1Malaysia @tunfaisal


Jumlah muktamad calon bertanding pada pemilihan UMNO peringkat Majlis Tertinggi (MT) ialah seramai 260 selepas seorang tidak layak bertanding, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali.

Seramai 1,703 perwakilan didapati muflis dan tidak layak untuk mengundi pada pemilihan UMNO bulan ini.

Menurutnya lagi, Pengerusi Unit Media Baru, Tun Faisal Ismail Aziz dibenarkan untuk bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dalam Pemilihan parti itu pada 19 Oktober depan.
Pengerusi Jawatankuaas Pemilihan parti, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, berkata mengikut Fasal 9.5 Perlembagaan Parti menetapkan hanya calon yang pernah memegang mana-mana jawatan ahli MT dan Ahli Jawatankuasa Bahagian untuk satu penggal, layak bertanding.


Bagaimanapun, katanya, Tun Faisal dibenarkan untuk bertanding jawatan ahli MT berdasarkan Fasal 10.15 bagi langkah kesempurnaan perjalanan parti.

"Tun Faisal adalah calon yang diketengahkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia," katanya pada sidang media pemilihan UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.



Post a Comment

0 Comments