Full Width CSS

#PemilihanUMNO : Ucapan Ikhlas Ketua Pemuda Seputeh @razlanrafii #1Malaysia #UMNO #PAU13


"24 jam dari sekarang, kepimpinan Pemuda UMNO akan dipilih semula bagi penggal 2013 - 2016. Di negeri Wilayah Persekutuan, terdapat 10 orang Ketua Pemuda Bahagian yang sudah melangkaui umur Pemuda iaitu 40 tahun.

3 orang daripadanya tidak bertanding apa² jawatan di peringkat Bahagian mahupun Nasional, 7 orang menawarkan diri untuk bertanding jawatan di peringkat Bahagian. Pada penggal yang lepas, hanya seorang bekas Ketua Pemuda berjaya naik pangkat (kerusi Bahagian).

Hari ini yang kekal tinggal hanya 3 orang iaitu diri saya, saudara Idham Yasser (KP Titiwangsa) dan Mohd Rafii Alli Hassan (KP Labuan) dan akan meneruskan perjuangan parti, Insyallah.

Saya mendoakan YBhg Datuk Rizalman Mokhtar akan berjaya dalam mengisi kekosongan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak. Ketua Pemuda Kepong, Datuk Noridzan Ali dan saudara Azmi (KP Setiawangsa) berjaya dalam jawatan Timbalan Ketua Bahagian.
Ketua Pemuda Batu Saudara Azniee, Ketua Pemuda Bukit Bintang Tengku Azman, saudara Taupik (KP Wangsa Maju) dan saudara Mahadhir (KP Segambut) akan berjaya mengisi jawatan Naib Ketua Bahagian masing².

Saya mendokong kejayaan buat institusi Pemuda dan terus mengharapkan mereka berjaya dalam pertandingan ini.

Semoga berjaya sahabat² dan terima kasih meninggalkan Pergerakan Pemuda Wilayah Persekutuan dalam keadaan yang cukup baik.

Terima kasih dari saya dan Pemuda UMNO Seputeh."


Razlan Rafii

Post a Comment

0 Comments