Wednesday, October 23, 2013

#PRKSgLimau : @MukhrizMahathir Lemas Dalam Pelukan Mahfuz #1Malaysia


Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir membidas tindakan pihak tertentu yang membuat tafsiran negatif berhubung tawaran pembangunan Barisan Nasional (BN) jika berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, 4 November ini. Beliau berkata, BN tidak pernah membuat ugutan dalam kenyataan-kenyataannya tetapi terdapat pihak tertentu mempolitikkannya sehingga melihat perkara baik yang disuarakan mempunyai motif tersirat. 

"Saya hendak cakap untuk perhatian rakyat Sungai Limau, tidak ada langsung ugutan dalam kenyataan kita. Apabila BN berjanji, kami tetap tepati janji," katanya.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar baru-baru ini dilaporkan berkata, kenyataan Mukhriz yang menawarkan pembangunan di Sungai Limau jika memenangi PRK kawasan itu sebagai tidak wajar dan bersifat ugutan.

2 comments:

  1. Bosan dengan PAU lepas, mereka kata nak Tranformasi Politik, meremajakan UMNO la, tapi hanya temberang belaka. Yang di pilih masih yang tua bangka, terpalit dengan scandal dan perasuah dari tingkat 4, zaman Pak Lah.

    Setelah putus-asa dengan PAU lepas, mari kita beramai-ramai BOIKOT PRK Sg.Limau.

    Kalah di Sg.Limau tidak akan mencemarkan nama DP Mukhriz. Ia hanya untuk menyampaikan message kepada BN, khususnya PM, untuk 'Berani Berubah' dalam erti kata sebenar.
    Biarkan PAS menang, sebagai tanda persahabatan sesama Melayu Islam. Hentikan cerca-mencerca sesama Islam dalam kempen dan ceramah.

    Dengan lebih ramai orang atas pagar dan penyokong UMNO yang dah meluat, elok saja PAS keluar dari PR, tolak semua Anwarinas dan Syiah, supaya kami, penyokong atas-pagar UMNO, ada pilihan lain. Kalau ditubuh lagi satu Party Melayu, ataupun PERKASA menjadi Party Politik, akan bertambah pecah la kesatuan kita.

    Kalau Pas masih bersama PR, saya tidak akan mengundi pada PRU14.

    ReplyDelete
  2. Jgn cepat putus asa.secepat itu juga buat kesimpulan..secepat itu juga menaruh harapan.Allah yang tentukan segalanya..Kita berusaha sebaiknya..adakah kita berusaha sepenuhnya..???.Tanya dengan jujur..tanya dengan iman..setakat berkata tanpa usaha menaikkan apa yang di rasa tanpa rasa jemu..adalah sebaiknya..Usaha dengan sesungguhnya adalah terpenting..maka jangan tinggalkan apa yang telah dimula dan ambil baru apa yang belum tentunnya..berjaya..kecewa..asam garam pejuang ikhlas..kecewa ubat segala duka..Redho adalah penawarnya..Usaha untuk Islam yang terbaik..kerana musuh Islam adalah telah dalam posisi terbaik mereka..yang dibina dalam kekecewa beratus ratus tahun lamanya..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...