Full Width CSS

#PRKSgLimau : PAS Tipu Rakyat Dengan Gambar Super Impose? #1Malaysia @NajibRazak @MukhrizMahathir

Umum mengetahui calon PAS di Pilihanraya Kecil Sg. Limau, Kedah ini bukanlah dari 1 kem yang sama dengan bekas ADUN di sini iaitu Allahyarham Ustaz Azizan.

Desas desus yang mengatakan calon PAS kali ini bukanlah 'feberet' penyokong PAS dalam kawasan DUN Sg. Limau. Ini kerana selepas PAS mengumumkan calon ini, cakap-cakap kononnya beliau bukanlah orang yang disenangi Allahyarham semasa sihatnya.

Hari ini dalam tempoh kempen, PAS mengahadapi laluan sukar apabila terpaksa menyakinkan rakyat bahawa inilah calon yang bakal menjuarai rakyat di Sg. Limau dan dalam masa yang sama PAS terpaksa menggunakan pelbagai cara serta helah bagi mengaburi pandangan pengundi di sini.

Seperti gambar di atas, PAS terpaksa melakukan super impose terhadap gambar yang asal dan meletakkan gambar calon PAS ini kononnya sedang mengadakan pertemuan semasa Allahyarham masih menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Memalukan sungguh PAS terpaksa menipu rakyat demi meraih undi. Islam tidak mengajar umatnya menipu dan PAS sebenarnya tidak mengamalkan prinsip Islam yang sebenar.

Tapi Abby Abadi & Bob Lokman kata dia nak kembali ke jalan diredhai Allah dengan memilih PAS. Hah macam mano tu?

Post a Comment

0 Comments