Full Width CSS

#PRKSgLimau : Pengundi Mahukan Wakil Rakyat Seperti Allahyarham Tan Sri Azizan #1malaysia

Melihat perkembangan yang sedikit positif di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg. Limau yang agak memihak kepada Barisan Nasional (BN) sebenarnya bukanlah tanda selesa buat UMNO & BN.

Tinjauan yang saya sendiri lakukan di sini mendapati penduduk masih mahukan wakil rakyat seperti Allahyarham Tan Sri Azizan. Pengundi mahukan seorang YB yang ikhlas dan tidak bermuka-muka bila berhadapan dengan mereka.

Dua-dua calon di PRK Sg. Limau di sini mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Antaranya seperti berikut ;

Calon BN
1. Kurang senyuman dengan pengundi.
2. Seakan kurang fokus semasa bertemu rakyat mungkin stres atau tidak serasi lagi dengan program.
3. Nampak sedikit ego tetapi bila bercakap di hadapan, beliau sangat merendah diri sebenarnya.

Calon PAS
1. Memilih kawasan untuk berjumpa pengundi.
2. Jarang dilihat turun padang bersendirian.
3. Ego dan masih menceritakan kehebatan Allahyarham Tan Sri Azizan tapi tak cerita apa yang hendak diberikan nanti pada rakyat.

Inilah antara beberapa kesimpulan kedua-dua calon yang bakal dipilih pengundi Sg. Limau pada 4 November 2013 nanti.


Sent from Samsung Mobile

Post a Comment

0 Comments