Full Width CSS

#PRKSgLimau : Susu Pekat Punya Story, Meh Baca Dulu Baru Balun @azeezputera @MukhrizMahathir @NajibRazak #1Malaysia @MahfuzOmar

Susu pekat cap Keluarga yang semakin popular di Sg. Limau hari ini apabila didakwa telah diserahkan oleh Barisan Nasional (BN) melalui Datuk Azeez Rahim yang merupakan wakil rakyat Parlimen Baling. 

Tindakan terdesak Mahfuz Omar yang terdesak memanipulasikan cerita kononnya susu pekat yang diberikan telah tamat tempoh. Sekaligus usaha pihak berkepentingan jahat ini ingin menampakkan keburukan kepada BN.

Lihat di bawah ;-

Tarikh luput yang tertera pada susu pekat di atas adalah pada 03/09/2014 (3 September 2014) setahun lagi tu. Hah macam mana pula Mahfuz boleh kelam kabut dok berteriak seluruh Sg. Limau kononnya bekalan susu pekat yang diberikan telah tamat tempoh.

Di bawah ni pula gambar stok-stok yang telah disiapkan oleh jentera parti untuk tujuan serahan kepada penduduk Sg. Dedap yang terlibat oleh Datuk Azeez Rahim nanti setibanya beliau daripada Kuala Lumpur esok hari.


Tapi seperkara yang membuatkan saya pelik, bila masa pula Datuk Azeez Rahim mengagihkan barangan keperluan dapur ni? Sedangkan beliau masih lagi berada di Kuala Lumpur dan macam mana pula Mahfoz boleh kata susu pekat tersebut dah tamat tempoh?

Mahfuz ni tak habis-habis nak kencing rakyat dengan statement tak bertanggungjawabnya. Selepas artikel ini dikeluarkan oleh saya dan sahabat-sahabat blogger yang lain, CONFIRM Mahfuz Omar takkan buat kenyataan minta maaf kerana terlalu ego dengan kenyataan menghentam pemimpin lawan secara membabi buta.

Berikut kenyataan akhbar yang dikeluarkan sejurus selepas dimaklumkan kepada Datuk Azeez Rahim yang ketika artikel ini ditulis, beliau masih berada di dalam Dewan Rakyat.


KENYATAAN AKHBAR 
Susu Tamat Tempoh

Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung pemberian Susu Tamat Tempoh adalah merupakan satu pendekatan terdesak parti itu dalam menagih sokongan dan simpati rakyat di Sungai Limau menjelang hari pengundian pada 4 November ini. 

Ia merupakan satu isu yang sengaja diadakan untuk mewujudkan sentimen kebencian pengundi. Ini kerana saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang 
mengandungi satu tin susu yang telah tamat tempoh. 

Saya turut dimaklumkan aduan tersebut datangnya dari mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media pembangkang, Harakahdaily. 

Di dalam pilihan raya macam-macam perkara boleh terjadi. Perkara yang tak ada pun boleh diadakan. Contohnya gambar-gambar ‘superimposed’ menggunakan teknik ‘Photoshop’ di antara calon Pas dengan Allahyarham Tan Sri Azizan. Ia dimainkan oleh jentera parti itu bagi menunjukkan kononnya mereka ingin membawa legasi Allahyarham Tan Sri Azizan. 

Tambahan pula Pas yang kononnya memperjuang Islam, sekali lagi di dapati berbohong apabila menggunakan isu, bapa kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan menyokong calon Pas. Sedangkan apabila saya bertemu dan bertanya sendiri kepada 
beliau, Pakcik Baharom menafikan dakwaan tersebut. 

Saya merasakan, Mahfuz mungkin sedikit kecewa dengan pendedahan yang saya lakukan ketika membahaskan Belanjawan 2013 semalam, berhubung sikap segelintir pemimpin Pas yang sukar berbohong dan gemar memperalatkan ayat-ayat suci Al-Quran demi kepentingan politik. 

Amat memalukan juga, apabila Mahfuz selaku Naib Presiden Pas hanya mampu menggunakan isu ‘Susu Tamat Tempoh’ bagi menarik sokongan pengundi sedangkan banyak lagi isu-isu besar seperti pembangunan yang perlu diperjuangkan oleh Pas di Sungai Limau. 

YB DATUK HJ ABDUL AZEEZ ABDUL RAHIM
Ketua Umno Bahagian Baling
Ahli Parlimen kawasan Baling 

Post a Comment

6 Comments

  1. PAS dah jauh terpesong... dah terikut2 tabiat aljuburi yg mmg kaki pembohong dan putar belit... matlamat menghalalkan cara...

    ReplyDelete
  2. Malu aku jadi orang PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. keletihan,kurang tidur faktor mata jadi kabur,akibatnya tu jadi pelupa disangkanya tahun ni dah 2014.

      Delete
  3. lama dah tak sokong PAS....

    ReplyDelete
  4. Nape la PAS ni rela sangat jadi keldai tunggangan dlm pembangkang??? Lu taraf anjing je la di mata DAP dan aljuburi...

    ReplyDelete
  5. AnonymousOctober 29, 2013 at 11:26 PM

    hehe..belum terlambat lagi bro..kali ni lah masa sesuai hang berhijrah..insyaAllah..

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..