Thursday, November 21, 2013

Menteri Wilayah Persekutuan @TengkuAdnanReal Perjelas Isu Cukai Pintu Naik #DBKL @NajibRazak #1Malaysia

Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tengku Adnan berjalan masuk bilik mesyuarat bersama Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok

Pertemuan hari ini merupakan pertemuan tertutup kali kedua diadakan di antara Menteri Wilayah Persekutuan & Kesejahteraan Bandar, YB Tengku Adnan Bin Tengku Mansor bersama-sama Wakil Rakyat seluruh Wilayah Persekutuan. Antara yang hadir Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah, Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan yang boleh dijangka gagal hadir ialah Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, Wakil Rakyat Bandar Tun Razak.

Isu utama yang dibentangkan dan diperbincangkan adalah kenaikan tarif cukai pintu seperti yang diterima dan dipertikaikan penduduk Kuala Lumpur. sebelum ini.
Untuk makluman, ini adalah kali pertama cukai pintu dinaikkan sejak 21 tahun yang lalu.

Tengku Adnan ketika mempengerusikan pertemuan antara Ahli-Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan

Jika tertera jumlah pada bil cukai pintu berjumlah tinggi, contoh RM11,000. Itu adalah kadar nilai hartanah tempat tersebut.

Berikut jenis-jenis tempat dan % seperti dinyatakan semasa penerangan.

Premis komersial & perdagangan : 12%
Pangsapuri : 7%
Kediaman : 6%
Tanah kosong : 5%
Kampung baru : 2%

Dan lain-lain ada lagi.

Bagaimana pula nak tahu jumlah bayaran dari harga hartanah tersebut ialah dengan mendarabkan %

Contoh kiraan KEDIAMAN :
RM11,000 x 6 ÷ 100 = RM660 cukai tanah utk tempoh setahun (dibayar kepada DBKL, 2 kali)

Itu hanya sedikit contoh untuk rujukan. Tapi penduduk boleh membuat bantahan bertulis kepada pihak DBKL sehingga 17 Dis 2013 ini.


Kebanyakan Wakil Rakyat (termasuk dari parti Pembangkang) yang hadir bersetuju ianya dilaksanakan oleh DBKL.

Bagaimanapun YB Menteri berpandangan untuk mengurangkan beban rakyat dengan menggunakan kuasa beliau bagi diskaun tertentu.

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian maklumat

    ReplyDelete
  2. Yg penting...akhirnya rakyat juga yg nenanggung beban...tak kira apa jua alasan...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...