Pengalaman berdepan dengan Pilihanraya Kecil DUN Sg Limau di sini amat berbeza dengan PRK² yang lain. Di Sg Limau, pemandangannya jauh lebih indah dan aman tetapi politiknya cukup berbeza daripada kawasan² yang lain.
Manakan tidak, Sg Limau merupakan kubu kuat PAS di Kedah selain 1 2 kawasan yang lain di negeri ini. Mungkin ramai yang telah menjangkakan kemungkinan Barisan Nasional (BN) akan tewas di sini amat kuat dan ada juga pendapat yang mengatakan kemungkinan juga BN bakal memenangi hati penduduk di sini dengan transformasi yang dibawa dari dalam UMNO kepada rakyat terutamanya pengundi.
Namun amat mendukacitakan apabila kekuatan jentera UMNO yang ramai tidak berupaya meyakinkan pengundi untuk 'kalih' kepada BN. Sebaliknya pengundi masih mahu terus mengekalkan PAS di sini.
Mungkin apa yang bakal saya utarakan ini menyentuh sensitiviti sesetengah pihak dan lain². Pemerhatian saya sepanjang berkampung di Sg Limau seminggu lamanya telah dilihatkan dengan kelemahan² yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ketua² jentera sebagai contoh jentera sayap UMNO.
Saya tidak mahu menceritakan ketidakberkesanan parti lain selain daripada UMNO kerana bagi saya, mereka ada ataupun tidak, ianya tetap sama. Bak kata orang, buek habis boras jo ado ko takdo. Cumanya di sini, konteksnya kita mahu mengukuhkan lagi UMNO untuk masa hadapan.
Berbalik kepada pengurusan pentadbiran jentera sayap UMNO yang dilihat goyah ialah Pemuda UMNO. Dahulunya Pemuda dipandang hebat dan tinggi tetapi hari ini Pemuda nampak seakan lemau dan lebih memeranjatkan Puteri & Wanita jauh lebih ke hadapan berkempen kali ini.
Apakah dengan pelantikan Naib Ketua Pemuda UMNO, Azwan Bro sebagai Ketua Pengarah Jentera Pemuda di Sg Limau sebenarnya langsung tidak memberikan impact kepada pengundi di sini atau sebenarnya Azwan Bro bukanlah orang yang sepatutnya diberikan amanah tersebut. Pemerhatian saya,
Azwan Bro tidak tahu buat kerja !
Saya tidak tahu apa yang beliau lakukan sebelum ini di negeri Perak semasa beliau memegang tampuk kepimpinan Pemuda negeri sebagai Ketua Pemuda Negeri. Tetapi kejayaan beliau menjawat jawatan selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dirasakan mungkin beliau seorang pemimpin Pemuda yang hebat. Tetapi bila saya melihatkan cara beliau di sini, amat mendukacitakan.
Siapa di kalangan pembaca yang melihat gambar² program berlumpur Azwan Bro bersama² Exco Pemuda UMNO di Sg Limau? Saya pasti rata² sudah melihatnya. Tapi di manakah sentuhan buat pengundi?
Sama lah kesnya semasa Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin turun ke Sg Limau melawat penduduk. Berapa buahkah kenderaan dan berapa panjangkah konvoi yang mengiringi Khairy ketika itu. Pemerhatian saya tidak kurang dari 15 buah kereta berdarjat 'mewah' ataupun bahasa orang kampungnya, 'kereta besar' ketika itu. Persoalannya lagi, adakah kenderaan² ini dipandu mengikut kadar kelajuan di kawasan kampung?
Weihhh apa kejadahnya korang nak beriya² konvoi kereta dengan Khairy? Ingat orang kampung suka ker tengok kereta mewah korang tu. Kot kalo korang nak bodek Khairy, tak boleh ker buat kat Kuala Lumpur ataupun kat Putrajaya?
Berbalik kepada jentera Pemuda UMNO, skuad bermotorsikal yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan Pejabat Gerakan Pemuda UMNO sehari dua sebelum PRK, dilihat amat lesu dan rasa²nya tidak memberikan impact langsung ketika hari pengundian. Skuad bermotor BN yang berkonvoi pada hari pengundian boleh dikira berapa jumlahnya berbanding ketika hari pelancaran.
Tak kisahlah jika budak² motor ni datang dari luar daerah Sg Limau, sepatutnya mereka ini perlulah ditetapkan untuk hadir pada hari tersebut dan diaturkan pergerakan mereka. Saya melihat kumpulan bermotor daripada PAS amat meninggalkan kesan kerana mereka bukan saja terdiri daripada anak² muda kampung bahkan daripada kumpulan motorsikal berkuasa besar (dibayar) untuk sama² memeriahkan dan membuat provokasi di sini.
Jumlah jentera Pemuda UMNO yang diwar²kan sekitar 2,000 orang tidak kelihatan jumlah tersebut pada hari pengundian. Misteri kehilangan jentera² ini masih lagi belum terjawab tapi ada lah beberapa buah blog yang akan mengeluarkan bukti bergambar di manakah mereka berada.
P/s : Azwan Bro, boleh jawabkah persoalan saya ni?
7 Comments
ITU YANG PELIK.
ReplyDeleteKETUA PEMUDA KATA PEGAWAI KERAJAAN TAK BERQUALITY.
TETAPI........QUALITY PEMUDA BAGAIMANA PULA...ADA KE TIDAK ADA ?
MAAF CAKAP LA...SAYA MEMANG ORANG UMNO TAPI SAYA MEMANG SAMPAI BILA PUN TAK AKAN PERCAYA KEPADA MANUSIA BERNAMA KJ. AWAL-AWAL LAGI SAYA SUDAH JANGKA PERKARA INI. AWAL LAGI. KALAU IKUT HATI SAYA, SAYA NAK SURUH DMM HALANG KJ DATANG KE SUNGAI LIMAU KERANA SAYA TAHU DIA AKAN BAWA BALA. LEBIH BAIK LANTIK SAJA PEMUDA TEMPATAN JADI KETUA. KAMI TAHU APA DIA BUAT KAT DMM KAT JERLUN. SOALNYA. SAMPAI BILA PUAK-PUAK UMNO ATASAN SANA NAK SEDAR AKAN HAL IN. SAYA RASA SEMUA TAHU BAHAWA KJ HANYA AHLI UMNO TAPI BUKAN ORANG UMNO. TAK PERCAYA. TENGOK APA DIA BUAT SELAMA INI DAN CORAK PEMIKIRANNYA. DIA MEMBAWA AGENDA SIAPA SEBENARNYA. JAWAB DENGAN JUJUR. RASA HATI SAYA DARI AWAL LAGI TAHU DIA AKAN MEROSAKKAN SEGALANYA. LEPAS PRK DIA AKAN PURA-PURA KELUAR STATEMENT UNTUK ALIH ISU YANG SEMUA ORANG AKAN BERCAKAP. CUBA ANDA PERHATI TINDAK TANDOKNYA. MAAFLAH WAHAI PIMPINAN UMNO. JANGAN SAMPAI SUATU HARI UMNO HANCOR DEK PERMAINAN MANUSIA SEBEGINI. APAKAH ANDA TIDAK PERNAH BELAJAR DARI SEJARAH YANG DICIPTA OLEH MENTOR KJ IAITU ANUWAR IBRAHIM. SORRYLAH KJ. KAMI PUN BUKAN BODOH UNTUK MELIHAT PERLAKUAN ANDA.
ReplyDeleteDh kepala pun dipilih dari golongan yg pernah ada skandal, meriah sesama mereka saja le yg dibawah.
ReplyDeleteKalau ko lapor dari Danook Siam aje, buat apa ko dtg Reqzeen ooii....
ReplyDeleteBertaubatlah fitnah. Selangkah pun sy tidak ke Danok spjg bekerja di sana.
DeleteHahaha... terima la hakikat bro, dia NKP Malaysia. Bukan dilantik. Menang pemilihan.
ReplyDeleteDia menang pemilihan tapi gagal menjalankan amanah yg dipertanggungjawabkan pd dia ;)
Deletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..