Wednesday, November 13, 2013

Permilihan Ketua Dewan Pemuda PAS Amat Jijik #1Malaysia #MuktamarPAS @NajibRazak @RazlanRafii


Nasaruddin Tantawi tidak mempertahankan jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, sebaliknya membiarkan anak-anak buahnya memilih pilihan ketua mereka.

Apapun, disebalik insiden menyamakan anjing dengan salah seorang daripada calon ketua amat memalukan dan jijik.Sehinggakan Nasaruddin yang memegang jawatan ketua sebelum ini mengeluarkan kenyataan "Macai" dan ketinggalan zaman terhadap permilihan yang sedang berlansung.

Pandangan ikhlas saya, kelahiran Kepimpinan Pemuda PAS hari ini seharusnya diletakkan di bahu Nasaruddin.

Beliau yang merupakan bekas ketua pemuda melahirkan kekecewaan terhadap anak buah beliau sendiri walhal pemuda yang lahir hari ini adalah tanggunjawab beliau.

Pemuda PAS hari ini tidak mencerminkan perjuangan mereka apabila sanggup menyamakan rakan mereka sendiri sebagai anjing.

Nasaruddin yang bersama Dewan ini selama 28 tahun mengakui tidak pernah melihat kempen seburuk ini.

Kenyataan ini sebenarnya jelas menempelak diri beliau sendiri dimana beliau lah yang melahirkan kepimpinan yang tidak mempunyai akhlak yang baik.

Pemuda PAS hari ini dipenuhi dengan mereka yang sifat rakus mencari kuasa demi megejar kekayaan dunia.

Saya suka nak memberi ingatan kepada Pemuda PAS ! Jangan lagi kamu mencemuh dan menuduh pemuda UMNO dengan pelbagai tuduhan.

Ini lah balasan Allah kepada institusi kamu secara jelas apabila kamu semua diaanggap sebagai Macai oleh ketua kamu sendiri!

Saya percaya, masyarakat hari ini sedang menilai dan memerhati insiden-insiden permilihan baik semasa permilihan UMNO dan PAS yang sedang berlansung.

Dan saya percaya, apa yang di gambarkan oleh PAS yang selama ini melabelkan diri mereka sebagai Islam tidak seperti yang diperlakukan. Demi merebut jawatan dan kuasa, mereka sanggup berbuat apa sahaja walaupun ianya melibatkan fitnah dan sanggup mengelar Anjing terhadap ahli mereka sendiri.

Ini tidak termasuk politik wang yang digambarkan digunakan semasa permilihan kali ini.

Sudah tentunya siapa sahaja yang dipilih kali ini adalah ketua yang tidak berkualiti kerana kemenangan mereka mengunakan fitnah dan cela mencela.


Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Timbalan Pengerusi UMB Pemuda UMNO Malaysia.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

Sent from Yahoo Mail on Android

1 comment:

  1. PAS sudah hilang credibility..
    hanya layak jadi tukang jawab DAP.
    Isu kalimah ALLAH..
    LGE buka mulut PAS tukang jawab..
    Macam2 isu lagi yg PAS terpaksa cover line dan cuba nak align supaya nampak kesePAKATAN konon2nya..
    Hari demi hari PAS makin tidak waras hasil pengTARBIYAHan DAP dan konsep Tahaluf PAS lebih kepada kompromi dan jual agama, bangsa dan negara...

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...