Friday, November 1, 2013

#PRKSgLimau : Siapalah Yang Buat Kalendar EXCO Pemuda UMNO Ni? #1Malaysia @KhairyKj @AzwanBro


Cantik tak gambar di atas barisan exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang telah berjaya dalam proses Pemilihan UMNO 2013 yang lepas di mana pemilihan dilakukan dari peringkat akar umbi lagi. Namun sesuatu yang harus dilihat pada gambar barisan kepimpinan di atas di mana beberapa kesilapan dan kekurangan fakta berkenaan nama-nama barisan Exco yang dilihat tidak tepat.

Juga terdapat pertanyaan mengapa susunan gambar mengikut turutan sebegitu?

Sedangkan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia belum lagi mengadakan mesyuarat pertamanya dan lantikan khusus biro-biro tertentu kepada barisan exco baru ini.

Sikap sambil lewa pencadang yang ingin menunjukkan sesuatu yang baik namun terserlah sesuatu yang dianggap sebagai kerja tidak kemas dan cincai. 

Contoh : Sebetulnya Dato' Ahmad Mukhriz Dato' Ahmad Fuad /
Datuk Mohamed Hazali Tan Sri Abu Hassan

Lihat pada bagaimana gambar-gambar exco-exco ini diedit / dicrop. Kelihatan terlalu naïf cara kerja disiapkan.

Tidak salah jika ingin mengeluarkan barisan exco sebegini tetapi biarlah ia dilakukan setelah lantikan biro dan senarai penuh diputuskan nanti.

1 comment:

  1. setuju, aku pun nk tau siapa punya keje. mmg failed!!!!

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...