Tuesday, December 3, 2013

Agak-Agaklah @RapidKuantan Hentikan Operasi Bas Di Kuantan? #1Malaysia @NajibRazak @ShahrilMokhtar

Pelik tapi agak tidak mustahil apabila Ketua Pegawai Operasi RapidKuantan, Encik Zainurul Hakim Mohamad membuat keputusan untuk menghentikan sepenuhnya operasi bas RapidKuantan di sini.

Bukan kerana RapidKuantan mengalami masalah pengurusan atau Ketua Pegawai Operasi nya mogok tak nak buat kerja tetapi tindakan drastik ini diambil kerana kesemua laluan RapidKuantan telah dinaiki air dan sukar dilalui oleh kenderaan.

Atas faktor keselamatan dan mengelakkan daripada berlakunya perkara-perkara tak diingini, inilah langkah yang terbaik dirasakan buat masa ini. Namun untuk makluman pembaca, pihak pengurusan masih tidak dapat memberikan kepastian bilakah operasi RapidKuantan akan disambung semula.

Kita berharap semoga banjir di Kuantan berkurangan dan aktiviti harian penduduk sekitar akan kembali seperti sedia kala.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan semasa operasi RapidKuantan, sila follow twitter @RapidKuantan

Sent from Yahoo Mail on Android

2 comments:

  1. Harga barang dan perkhidmatan naik selepas pru13...terima kasih BN kerana meningkatkan kos sara hidup rakyat... "Untung didahulukan, Kroni Diutamakan"...

    ReplyDelete
  2. Dengaq cerita Kerajaan Negeri Pulau Pinang dah submit permohonan kepada kerajaan pusat utk menyediakan perkhidmatan bas awam baru milik kerajaan negeri... dengaq kata nak lawan kerajaan pusat dan perkhidmatan disediakan oleh tauke cinasia... harap2 kerajaan pusat & SPAD atau kementerian pengangkutan tak luluskan.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...