Friday, December 20, 2013

Analisa Wee Ka Siong Untuk Cermin Diri Sendiri #1Malaysia


MCA perlu menerima keputusan fakta. Tidak perlu menuding jari menyalah pihak lain jika masyarakat Cina yang menyokong MCA (BN) hanya tinggal 10% sahaja dalam PRU13 yang lepas. Perlu terima keputusan fakta. Analisa keputusan dengan teliti dan cari kelemahan diri sendiri.

Fakta fakta di bawah ini perlu dinilai oleh MCA. Cerminlah diri sendiri dulu.

Berikut adalah keputusan PRU12 dan PRU13. Lihat statistik di atas, nilai berdasarkan prestasi bukan emosi. Di manakah kedudukan MCA?

MCA hanya dapat 7 kerusi daripada 37 yang masuk bertanding, hanya 19% kemenangan. Lebih teruk daripada keputusan PRU12 iaitu 38%. Apakah semua keputusan yang MCA dapat ini adalah kerana salah orang lain?



MCA adalah parti komponen BN yang ke-4 paling lemah. Apakah semua itu terjadi kerana salah parti komponen yang lain?

Tiga lagi parti komponen BN yang mendapat keputusan yang teruk adalah Gerakan, MCA dan SUPP. Gerakan kedua paling teruk iaitu hanya menang 9% pada PRU13 berbanding 17% pada PRU12. Merosot lagi 8%.

Parti komponen BN yang ketiga paling teruk adalah SUPP. Pada PRU12 mendapat pencapaian 86% (namun hanya kalah 1 kerusi parlimen). Pada PRU13, SUPP tewas 5 kerusi parlimen, hanya 17% menang daripada jumlah kerusi bertanding. Merosot 69%.

Parti komponen BN yang ke-4 paling teruk prestasinya adalah MCA. Pada PRU12 mendapat 38%. Namun pada PRU13, hanya mendapat 19%, menang 7 kerusi dan kalah 30 kerusi. Merosot 19%.

Berdasarkan analisis, dari segi peratusan menang, komponen BN yang paling merosot adalah SUPP. Merosot 69%. Namun berdasarkan jumlah kerusi, MCA yang paling banyak kehilangan kerusi iaitu 30 kerusi. Salah siapa?

30 calon MCA kalah, DAP bertambah 10 kerusi di parlimen. Salah siapa? Mengapa tidak menganalisa balik mengapa 30 calon itu kalah? Apakah ada sumbangan faktor calon?

DAP menang di 30 kawasan yang majoriti masyarakat Cina adalah lebih 50% di parlimen tersebut. 8 lagi kawasan DAP menang iaitu (Kluang, Teluk Intan, Puchong, Taiping, Serdang, Seremban, Rasah dan Sandakan) adalah komposisi masyarakat Cina kurang 50%.

Jumlah pertambahan undi yang DAP perolehi berbanding keputusan PRU12 di 38 parlimen adalah sejumlah 552,852 undi. Pertambahan pengundi baru di kawasan DAP menangi adalah sejumlah 411,996 orang.

MCA juga didapati terbukti lemah dalam mendaftarkan pengundi baru dalam PRU13, apakah itu salah parti komponen BN juga? Belajarlah bagaimana MCA Kedah mengembalikan sedikit harapan untuk BN di Sungai Limau.

Biarpun kalah, namun ada pertambahan undi di Kedah. MCA perlu duduk, analisa dan belajar daripada kekalahan. Tidak perlu tuding jari pada kawan. Musuh tetap akan kuat dan bertambah kuat jika kita tidak akui kelemahan diri sendiri.





Wee Ka Siong kena ingat, dia menang di Ayer Hitam kerana di situ ada 57.91% orang Melayu. Bagaimana kalau orang Melayu di situ rasis tidak mahu mengundi Cina (Wee Ka Siong)?

Beliau kena ingat perpaduan dalam BN sudah lama terjalin, usah buat kenyataan yang akhirnya akan mengguris hati pengundi Melayu di Ayer Hitam. Sila cermin diri sendiri dulu.

Sumber : Angin Perubahan

1 comment:

  1. Bantai lgi bro...melampau pulak mca ni...bukan dorg ke yang banyak bagi undi ke DAP...tak sedar diri langsung si wee ka siong ni...@#$&*@@^/$#

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...