Full Width CSS

#UMNO Tidak Perlu Ikut Telunjuk Kerajaan #1Malaysia


Secara peribadi saya berpendapat, UMNO tidak perlu mengiyakan atau menyokong mana² cadangan serta perancangan kerajaan Malaysia jika keputusan yang dilakukan tersebut akan merugikan rakyat. Ini sebenarnya sifat yang perlu ada pada diri setiap pemimpin UMNO yang tidak mempunyai sebarang jawatan di dalam Kabinet ataupun Kerajaan.

UMNO hendaklah ke hadapan dalam segala isu yang membabitkan kepentingan rakyat selaras dengan perjuangan UMNO yang mendahulukan dan memperjuangkan nasib rakyat Malaysia. Ini adalah realiti sebenar mengapa perlunya UMNO dikekalkan dan dipertahankan demi survival rakyat terutama orang Melayu.Melihat pada perkembangan hari ini selepas PRU 13 yang lepas, nasib rakyat seolah² tidak dibela oleh sesiapa apabila kerajaan mengumumkan pengurangan kadar subsidi minyak RON 95. Pengurangan tersebut adalah satu langkah yang tepat kerajaan bagi menstabilkan ekonomi negara tetapi dari segi keuntungan buat rakyat, ianya masih samar² untuk diterima semua peringkat golongan.

Hari ini timbul pula dengan isu kenaikan tarif elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), kenaikan kadar cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kadar Tol dan juga kenaikan harga tambang LRT serta Monorel oleh SPAD. Semua perkara di atas melibatkan rakyat terutama di Kuala Lumpur yang terpaksa hidup secara survival demi meneruskan kelangsungan hidup.

Hanya ada beberapa pemimpin UMNO yang sedar akan tanggungjawab mereka menolak cadangan jabatan² yang diletakkan di bawah kerajaan Malaysia untuk melaksanakan perkara² di atas.

UMNO sebagai sebuah parti berusia 67 tahun yang memayungi rakyat haruslah lebih berketrampilan ke hadapan mempertahankan kepentingan rakyat. UMNO tidak perlu duduk diam dan membiarkan kerajaan Malaysia mengeluarkan pelbagai 'fatwa' & jawapan² BODOH mempertahankan tindakan Kabinet tetapi UMNO perlu ke hadapan menolak segala cadangan yang dirasakan membebani rakyat.

Pemimpin UMNO hari ini perlu melihat bagaimana pemimpin terdahulu mempertahankan kepentingan rakyat. Pemimpin hari ini juga perlu memahami bahawasanya UMNO bukanlah kerajaan tetapi sebahagian daripada parti yang membentuk kerajaan Malaysia. Tidak menjadi kesalahan pun sekiranya pemimpin² UMNO membuat teguran terhadap pelaksanaan dan cara kerja Menteri² kerajaan Malaysia.

Harus juga diingat di kalangan Menteri Kabinet di Malaysia ini terdiri daripada Menteri² yang dilantik dari luar parti UMNO. Ada di kalangan mereka merupakan bekas big bos syarikat² besar di Malaysia yang dilantik menjadi Senator untuk membantu kerajaan membangunkan negara. Dan apa yang perlu diketahui ialah mereka tidak ada semangat UMNO.

Saya berharap, pemimpin UMNO hari ini rajin²kanlah ke hadapan menegur Menteri yang kadang kala lupa dan tidak berpijak di bumi nyata sedangkan pada hakikatnya UMNO lah sebenarnya memberikan jawatan yang disandang mereka untuk berada di atas bagi membantu pentadbiran kerajaan Malaysia.

Buat pemimpin UMNO, ringankanlah bicara dan jangan hanya fikirkan diri sendiri. Perlu diingat juga, ahli UMNO juga merupakan rakyat yang terpaksa menanggung beban dan berdepan dengan hari² yang jauh lebih mencabar.

Post a Comment

0 Comments