Tuesday, December 17, 2013

Untuk Kali Pertama Naib Ketua Pemuda #UMNO Tegas Bersuara Menasihat Menteri #1Malaysia


Kenyataan menteri yang meminta pengguna lebuh raya menggunakan laluan biasa sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol, dikritik Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.

Khairul Azwan dalam satu sidang media semalam menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar lebih berhati-hati dalam memberikan saranannya kepada pengguna lebuh raya.“Kami tidak bersetuju dengan kenyatannya. Beliau perlu lebih berhati-hati dengan apa yang dikatakan. Kenyataan itu memperlihatkan rasa tidak sensitif terhadap keperluan rakyat,” ujar beliau.

Tambahnya, "terpulang kepada rakyat untuk memilih dan jangan mengajar mereka".

Terdahulu, Abdul Wahid berkata pengguna jalan raya yang tidak bersetuju dengan kenaikan tol boleh menggunakan jalan biasa.

“Kami menyediakan jalan alternatif kepada mereka yang sanggup membayarnya. Kepada yang berasa kadar tersebut terlalu tinggi, mereka ada pilihan untuk tidak melaluinya,” beliau dipetik sebagai berkata.

Abdul Wahid turut menjelaskan, kerajaan terpaksa membelanjakan RM400 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya jika mereka diberi kelonggaran untuk menangguhkan kenaikan kadar tol yang sepatutnya disemak tiga hingga lima tahun sekali.

2 comments:

  1. Ni la masalah bila menteri2 yg buat keputusan penting untuk rakyat dari barisan lantikan senator berlatar belakangkan korporat a.k.a keparat...! Tengoklah selain wahid, si idris jala atau sememangnya najib nak menteri2 tangkap-muat ni yg pikul beban tanpa rasa bersalah secara politiknya..

    ReplyDelete
  2. harap lebih ramai lagi pemimpin muda mencontohi beliau menegur pemimpin yg lebih berpengalaman.

    selalunya pemimpin yg pernah menerajui GLC ni kurang perihatin kehendak rakyat.pemimpin jenis ni masik terikut-ikut gaya semasa menerajui GLC lagi dimana perkerja bahawanya mengikut saja apa arahanya,

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...