Full Width CSS

Apa Cittta ! Kepala Tren Monorel Dibawa Lari Dari Kilang? #1Malaysia

Kecoh lagi hari ini setelah semalam Nurul Izzah menggemparkan Malaysia apabila dia menuntut berpisah secara fasakh daripada suaminya yang telah dikahwini dan dikurniakan 2 orang anak.

Kekecohan ini bersambung lagi pula hari ini, bila kepala tren monorel pula 'tercabut' dan dibawa 'lari' daripada kilangnya di Rawang menggunakan lori treler.

Buat para pembaca, jangan nak buat-buat terkejut pula. Mungkin ada kalangan pembaca yang telah mengetahui setelah membaca akhbar hari ini di mana warga kota Kuala Lumpur bakal merasai hasil transformasi Government Transformation Programme (GTP - Roadmap).

Bermula dari pagi tadi sehingga hujung minggu ini, RapidKL akan memulakan proses mengangkut koc-koc tren monorel daripada kilang di Rawang dan dibawa ke depoh Monorel, Brickfield, Kuala Lumpur untuk kerja-kerja penyambungan koc.

Untuk makluman, sebelum ini tren monorel hanya mempunyai 2 koc sahaja dan menerusi pemerhatian serta survey yang dibuat, pihak Prasarana telah melakukan penambaikan pada sistem transit monorel ini kerana bilangan hari penumpang telah mencecah seramai 100,000 orang sehari.

Tahniah kepada Prasarana yang berusaha gigih memenuhi tanggungjawab sebagai public transport provider utama di Kuala Lumpur.

Nak tengok lagi gambar-gambar pemindahan tren monorel ni, jom like Facebook : www.facebook.com/myrapid

Post a Comment

0 Comments