Full Width CSS

Hong Leong Bank Tidak Benarkan Staf Melayu Islam Tunaikan Solat #1Malaysia #NUBE @NajibRazak @dsjamilkhir


Saya pasti pemandu² kereta yang melalui Jalan Perak berhampiran simpang Jalan P.Ramlee pada hari bekerja perasan dengan kain² rentang yang dipasang di hadapan Wisma Hong Leong daripada penghujung tahun 2013 dan pastinya sedar kehadiran beberapa orang pekerja yang memakai baju uniform yang sama berdiri di lokasi tersebut.

Saya sendiri kerap melihat gelagat mereka apabila melalui jalan sehala tersebut. Hari ini mungkin Tuhan membuka hati saya untuk berhenti seketika di hadapan Wisma Hong Leong untuk bertanya apakah maksud kepada kain rentang yang tertera perkataan 'HONG LEONG BANK HINA ISLAM' kerana sebagai seorang Muslim, saya ingin mengetahui apakah perkara yang menghina agama saya.

Alangkah terperanjatnya saya apabila mereka memberitahu bahawa pengurusan Hong Leong Bank telah bertindak biadap dan menafikan hak orang Islam untuk menunaikan solat di premis mereka. Pengurusan telah menutup ruang @ bilik solat untuk kegunaan staf Islam sebelum ini. 

Hal ini bukan berakhir di sini saja, akan tetapi ada lagi perkara yang benar² membuatkan staf tiada pilihan untuk akur dengan pengurusan zalim.

1. Pengurusan menyuruh staf Islam keluar dari premis (Wisma Hong Leong) tersebut untuk menunaikan solat fardhu di Surau² berhampiran.

2. Pengurusan memberikan tempoh masa yang terhad untuk staf Islam menunaikan solat dan apabila staf bertindak mempersoalkan hal masa, staf Islam akan diherdik dan diungkit dengan pelbagai kenyataan kononnya staf Islam mencuri waktu bekerja dan pengurusan rugi membayar gaji kepada staf Islam ini.

Walaupun saya bukanlah staf di Hong Leong Bank, namun apa yang terjadi kepada staf beragama Islam di sana benar² menyentuh hati dan membuatkan saya sendiri tertanya² adakah yang berlaku ini diketahui oleh kerajaan Malaysia ataupun ianya merupakan isu terpencil?

Ini realiti yang terpaksa dihadapi oleh segelintir umat Islam di Malaysia hari ini apabila mereka bekerja di syarikat milik bukan Bumiputera. Apa yang terjadi di Hong Leong Bank merupakan permulaan kepada umat Islam dihina di tanah air sendiri.

Kita fikirkanlah bersama apakah bentuk pengajaran yang harus kita sebagai umat Islam ambil di sini.

Adakah dengan membiarkan perihal kebiadapan pengurusan Hong Leong Bank ini tidak akan merencatkan Islam di Malaysia? atau..

Adakah kita masih boleh duduk tersenyum melihat satu pihak saja berjuang mempertahankan hak mereka yang dinafikan majikan?

Saya mohon jika pembaca yang melalui kawasan tersebut, berhenti ambil gambar dan sebarkan perihal yang sedang melanda kita sebagai umat Islam. Jika pembaca tidak berhenti, bunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada umat Islam yang dianiaya.

Semalam, laungan Azan dipertikaikan.
Hari ini, tak boleh solat di premis.
Esok, kalimah Allah digunapakai dalam Bible.
Lusa, umat Islam hanya tinggal nama.
Tulat, kita semua akan binasa dengan hukum Allah kerana gagal mempertahankan Islam.


P/s : Cubalah boikot dan jangan beri peluang kedua kepada bank Hong Leong. Biarlah mereka bangkrap tapi jangan kita sebagai umat Islam bangkrap solat kepada Allah S.W.T

Post a Comment

18 Comments

  1. rasanya perkara ini tidak perlu dijadikan isu kecuali berkaitan solat jumaat. kita org islam boleh tunjukkan disiplin kita.solat zohor slps lunch.solat asar selepas waktu kerja sblm balik. tidak jadi isu untuk solat pada waktu bekerja kerana ini semua adalah soal disiplin dan pengurusan masa .kita org islam sering salahgunakan masa atas alasan solat akhirnya bila jadi begini kita jadikan perkara ini sebagai penindasan agama .walhal puncanya dari kita sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana memberikan komen. Tapi jgn kita tersilap dan terpedaya dgn kelicikan mereka menyalahkan kita gemar mencuri masa, seolah² mmg semua orang begitu sifatnya. Bagaimana pula jika nk solat Asar selepas waktu kerja padahal masa tersebut hujan lebat dan tpaksa OT. Terima kasih sekali lagi.

      Delete
    2. untuk org yang berkerja normal shift mungkin tak menjadi isu.. tp kalau kerja shift mcm mane pulak.. ini pengalaman sy berkerja di call center.. kalau shift pukul 12-9, mealbreak adalah antara pukul 4-5 ptg.. jd mcmana nk solat maghrib.. kalau shift 10-7, meal break adalah antara 2-3 atau 3-4 ptg.. jd waktu asar bagaimana pulak.. kdg2 waktu maghrib 6.55 dh masuk..

      Delete
    3. Maaf, saya agree with brother Shah
      Byk case dah, muslim kita abuse masa solat, walaupun yg buat onar tu kecil, tapi yg dapat bahana ialah majoriti pekerja islam yg lain. Dulu ada case kilang asalnya x de surau, lepas complain, mgt bagi surau, rupanya dengan ada surau, byk lak si pekerja lepak buang masa, bila dh makin teruk, kilang tutup terus. salah siap

      Delete
    4. sahabat kita diatas tak faham itu tersebut.

      isunya surau ditutup dan masa dipendekkan itu aje. Jadi sepatutnya sahabat itu menulis begini........kalau surau ditutup maka masa dipanjangkan jgn hanya 5 minit je.

      Delete
    5. Saya sendiri pernah diberikan surat berhenti kerja kerana isu solat ni. Tak ramai majikan bukan Islam yang faham. Memang kemudahan surau tidak disediakan, jadi saya selalu menunaikan solat zohor di masjid yg berhampiran. Mula jadi isu bila waktu zohor lambat dan saya masuk ke pejabat lewat. Itu pun 5 minit lewat dan saya gantikan dengan keluar lewat. (waktu rehat 1-2pm, saya selalu kluar 1.30pm dengan harapan ada budi bicara dari pihak pengurusan). Tapi apa yang membuat saya terkilan, majikan mempertikaikan kenapa pekerja islam lain tidak sibuk nak solat macam saya. Kenapa saya seorang sahaja? Bukan hanya solat jumaat? Kadang2 umat islam sendiri yang membuatkan agama tu jadi x elok.

      Delete
  2. Setuju bro, tapi staff muslim ni pun satu hal, bila solat sempat curi tido kat surau tu. Satu orang punya hal, semua muslim yg kena!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tapi jangan dorang jadikan itu alasan sebagai langkah menghalang umat Islam daripada mengerjakan solat. Terima kasih atas komen yg diberikan.

      Delete
  3. Syabas kpd rezqeen....

    ReplyDelete
  4. sebab tu surau kene buat dekat ngan opis supaya org senang nak solat dan tak banyak buang masa pergi tmpt jauh utk solat... surau pulak biarlah hr pantau... bodoh punya hong leong bank...

    ReplyDelete
  5. CinaDAP ni lagi RACIST daripada UMNO. Paling tidak UMNO memang matlamat dia utk org Melayu.

    ReplyDelete
  6. solat kat mana2 pon boleh.. asalkan tempat tu bersih... ofis saya, saya seorg je malay, xde tpt solat tp alhamdulillah boleh je solat kat work station... kadang2 bos bangsa lain, kalau dia outstation/kerja luar... siap suruh guna bilik dia kalau x selesa

    ReplyDelete
  7. Sejak bila UMNO untuk matlamat org Melayu... Bukan untuk beberapa kerat pemimpin Melayu dan Kroni saje ke??? Yang Melayu bawah ni hanya untuk manfaat pilihanraya jer.... DAP tolak Islam sebab dia kafir, pemimpin UMNO tolak Islam sebab apa pulak??? (Cuba faham definasi Islam, bukan setakat bangga ada Bank Islam, Universiti Islam dan ada masjid sahaja)

    ReplyDelete
  8. Saya amat menghormati agama Islam. Walaubagaimanapun, saya anda menyiasat dahulu kebenarannya daripada kedua-dua belah pihak sebelum membuat kesimpulan yang melulu-lulu. Buat pengetahuan anda, terdapat segilintir staff Hong Leong (dahulunya Eon) yang bertugas di tempat lain pada asalnya kini terpaksa dipindahkan ke tempat lain atas sebab department yang mereka bertugas itu hanya terdapat di 3 buah negeri (Ipoh, KL, dan satu lagi di selatan, saya lupa negeri apa). Jadi, disebabkan tidak puas hati atas perpindahan tersebut (yang mana merupakan lumrah dalam tuntuan kerja), mereka membuat pelbagai cara untuk memenangi "perlawanan" ini dengan pihak pengurusan, dan mungkin termasuklah apa-apa yang boleh menghangatkan lagi perlawanan mereka, walaupun mampu mengancam keharmonian negara. Saya bukanlah staff yang terpaksa berpindah itu, mahupun bukan dari pihak pengurusan Hong Leong, tetapi, saya hanya seseorang yang bekerja di tempat yang hanya kurang 100 meter dari bangunan utama Hong Leong ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Nabi tak pernah ajar kalau nak solat mesti dalam surau. Bentang sejadah sebelah meja office , mengadap kiblat dan solatlah. Biar non-muslim nampak pun takpe. Itu boleh menjadi satu dakwah pada mereka. Islam datang ke tanah melayu dulu pun dikatakan sebab orang tempatan nampak pedagang arab solat, kemudian jadi berminat dengan Islam.
    Kalau rasa tindakan pengurusan tu biadap sangat, apa kata staff-staff muslim pakat solat jemaah ramai-ramai kat lobi. Bawak sejadah apa semua siap-siap. Tengok apa pengurusan berani nak buat. Bawak la kamera sekali rakam . Tak perlu mainkan api perkauman sangat. Kalau perlu pilih antara Allah dengan syarikat, pilihlah Allah.

    ReplyDelete
  10. Dekat ofis kami, staff muslim kene solat di stor..owner chinese..hmm..

    ReplyDelete
  11. hong leong bank memang BABI. dah la staff x dijaga. mangement cam taik. aku sapa? aku ex HLBB 2 tahun kerja. yg fresh grad nak kerje sini? x payah carik je bank lain. ini bank paling CEKIK DARAH

    ReplyDelete
  12. Ofis saya takde surau, tapi time lunch 1-2pm , singgah la surau mana2 utntuk solat. Habis ofis hour , lepas 5.30 pergi la surau, solat Asar. Kalu terlambat sikit ker, apa2 ker, cakap la dgn bos. Jgn la main menghilang gitu jer. Islam tu Indah bukan susah. Tapi byk sgt 'songeh', cari la company lain.

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..