Kenyataan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM), Jamawi Jaafar yang mencadangkan sambutan ambang tahun baru ditukar kepada program keagamaan dan berbentuk kerohanian sememangnya disambut baik oleh semua pihak. Manakan tidak, cadangan tersebut telah keluar front page akhbar. Pada dasarnya saya sendiri bersetuju dengan pandangan beliau tetapi sejauh mana bagusnya cadangan yang nampak terbaik ini jika tiada pelaksanaannya? Sebelum saya membawa para pembaca pergi lebih jauh, ingin saya maklumkan di sini bahawa penulisan saya ini adalah berdasarkan pemerhatian dan bukannya diminta oleh sesiapa untuk berbuat demikian. Berbalik kepada cadangan saudara Jamawi, saya melihat beliau seorang pemimpin Pemuda yang mempunyai pendirian dan berjiwa rakyat. Taraf beliau hari ini ialah seorang pemimpin UMNO peringkat nasional. Apa saja yang beliau utarakan sudah dianggap sebagai suara PPUM dan ianya suara pemimpin nasional. Namun saya amat sedih apabila cadangan yang beliau utarakan beberapa hari sebelum malam sambutan tahun baru 2014, tidak langsung dipraktikkan. Kerana jika diikutkan inilah masa dan peluang Pemuda UMNO walk the talk. Bayangkan malam tadi, Pemuda parti lawan sibuk beradu suara, menyuarakan bantahan terhadap kerajaan Persekutuan di Dataran Merdeka tetapi Pemuda UMNO berada di Masjid atau dalam majlis agama. Bukankah itu akan menampakkan tanda positif buat PPUM. Pelbagai pertikaian yang saya terima apabila saya mengeluarkan pendapat peribadi ini di kalangan sahabat-sahabat blogger. Ada yang beranggapan saya hanya membuang masa, ada yang cakap tak perlu bidas Jamawi kerana jawatan beliau perlu dihormati dan tidak kurang pula yang merasakan pemimpin Pemuda UMNO kebal tak boleh ditegur. Saya melihat Jamawi seorang pemimpin yang berkemampuan. Kerana dalam Instagram rasmi milik beliau, saya melihat beliau berjalan dari pelbagai lokasi ke satu lokasi lain dengan pantas semasa kempen pada Pemilihan UMNO 2013 yang lepas. Peliknya kenapa tidak beliau sendiri menganjurkan program yang dicadangkan untuk peringkat PPUM. Rasanya tak menjadi keberatan kepada beliau untuk menghulurkan RM3,000 - RM5,000 untuk menganjurkan program sedemikian walaupun dalam tempoh masa pendek. Saya perolehi gambar beliau menganjurkan majlis bacaan Yasin di Tenom, Sabah malam tadi. Itu sesuatu yang bagus tapi Jamawi perlu faham beliau kini bergelar Ketua Penerangan PPUM dan apa yang diucapkan adalah pendapat mewakili PPUM seperti saya mention di awal artikel ini. Teguran saya ini ikhlas untuk Jamawi selaku Ketua Penerangan PPUM. Jangan gemar keluarkan kenyataan populis tanpa memikir apakah ada tindakan dari pihak Jamawi ataupun mahu tunggu tahun depan. Ikut cakap pemimpin tertinggi UMNO, we walk the talk. P/s : blogger Jamawi kata tak mengapa jika saya terbalikkan gambar beliau. |
5 Comments
Pemimpin muda umno penuh dgn idelisma, tapi pelaksanaan alahaiiiiiii, harap bergaye je. Buat orang menyampah.
ReplyDeleteJJ nie mana pandai berpolitik....upah blogger untuk kempen NKP..akhirnya semua ke laut..
ReplyDeleteberani kerana benar bro
ReplyDeleteMaafkan saya kerana respon melalui artikel terlebih dahulu. Apa pun kita sekadar kemukakan pandangan masing2. Sy respek pandangan sahabat Reez. Tapi berilah peluang sbb perkara ni baru pertama kali nk digerakkan dlm Pemuda. Support sikit, jgn kondem je. haha!
ReplyDeleteAlhamdulillah akhirnya YY komen gak kat sini hehe..
ReplyDeleteYela² bknnya aku kondem tapi aku tegur dgn cara aku..
Setuju ker tidak haha
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..