Saturday, January 4, 2014

Ketua Pemuda #UMNO Wilayah Persekutuan @razlanrafii Selar Paderi Biadap #1Malaysia @NajibRazak

Kebiadapan seorang Paderi Lawrence Andrew yang masih berkeras mahu meneruskan agenda jahat beliau untuk menggunakan kalimah Allah benar-benar sudah melampaui batas dan mencabar undang-undang negara.

Keangkuhan Paderi ini secara jelas dan nyata telah melanggar Enakmen 1988 yang melarang orang bukan Muslim dari menggunakan kalimah Allah. Enakmen yang diluluskan pada 1988 ini telah melarang orang bukan Muslim di Selangor dari menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “Allah”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya’Allah”.

Namun adakah ia terkandung sama di dalam undang-undang negara yang baru ini mampu untuk menahan dan mendakwa beliau kerana memiliki bahan cetak yang dilarang?

Ini merupakan antara cabaran yang dihadapai kerajaan dan masyarakat Islam Malaysia. Bagi seseorang yang berfikiran liberal pastinya tidak akan dapat menerima sekatan sedemikian. Liberal bermakna 'boleh menerima teguran, cadangan, kritikan dan juga boleh sebaliknya'.

Namun bagi sebuah negara seperti Malaysia, undang-undang kita menghalang dari agama lain untuk disebarkan dikalangan orang Islam tetapi dalam masa yang sama undang-undang tidak menghalang kegiatan dan amalan agama lain.

Perkataan Melayu itu jika dirujuk dalam kamus dewan bahasa membawa maksud beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Oleh itu, tidak ada keperluan untuk bible ditulis dalam bahasa Melayu kecuali paderi ini mahu menyebarkan agama Kristolian di kalangan orang Islam. Sudah ada bukti bahan cetakan berkenaan yang ada kena mengena dengan Kristian dicetak dalam bahasa Melayu. Diedarkan pula di kawasan perumahan awam, kawasan parkir kenderaan secara terbuka di sekitar parlimen Seputeh dan sekitar Kuala Lumpur.

Penganut Kristian kena faham dan jelas dengan isu ini. Seperti dipersetujui semasa awal penubuhan negara Malaysia, setiap rakyat terutamanya bukan Islam seharusnya sudab memahami kontrak sosial yang mana rakyat boleh mengamalkan agama mereka secara bebas tetapi dilarang menyebarkan fahaman agama mereka di kalangan orang Islam.

Saya amat berharap pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat mengambil langkah-langkah tertentu dan berkesan bagi menyekat kegiatan mereka yang dianggap melampaui batas dan sikap keras kepala tidak mahu memahami undng-undang negara.

Sekian.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...