Friday, February 7, 2014

DAP Patut Berhenti Provokasi Perkauman #1Malaysia @NajibRazak @syalialhabshee


DAP dinasihatkan supaya menghentikan provokasi perkauman bagi mengelak ketegangan antara kaum terus berpanjangan, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Menurut beliau, akibat provokasi berbau perkauman yang dinyalakan oleh pembangkang telah mencetuskan keresahan di kalangan rakyat di negara ini.

“Hari ini sudah wujud rasa curiga - mencurigai antara satu sama lain akibat sentimen perkauman yang dmainkan oleh DAP,” tegasnya.Katanya, DAP menggunakan perpecahan kaum dalam masyarakat bagi mencapai agenda politik mereka. Beliau juga kesal perbuatan tidak bertanggungjawab DAP turut mendapat sokongan daripada PAS dan PKR, parti yang mendakwa turut mewakili kumpulan minoriti orang Melayu.

“Mereka (pembangkang) mahukan supaya berlaku ketegangan antara kaum bagi memudahkan mereka memainkan jarum untuk berkuasa.

Beliau berkata, DAP sengaja mencetuskan provokasi yang turut berbau hasutan bagi membangkitkan kemarahan orang Melayu. Parti itu katanya, terus menyemarakkan politik rasis dengan mendorong orang China menolak kerajaan Barisan Nasional (BN). Katanya, DAP menyebarkan slogan bahawa menolak BN bermakna melenyapkan penguasaan orang Melayu dalam politik.

Malah tegas beliau, DAP turut mendakwa orang Cina di negara ini terus tertekan dan dinafikan hak mereka oleh BN berbanding orang Melayu.

“Jika agenda jahat DAP untuk menguasai negara ini berjaya, akhirnya orang Melayu akan menangis di tanahairnya sendiri. Itulah agenda sebenar DAP, berazam lenyapkan penguasaan politik orang Melayu bagi memudahkan mereka mengubah beberapa perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Ini terbukti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di mana majoriti pengundi Cina memberikan undi kepada parti pembangkang,” ujarnya.

Syed Ali kesal kerana DAP terus mempertikaikan kedudukan orang Melayu, hak-hak bumiputera serta institusi raja-raja Melayu serta Islam agama rasmi negara.

Beliau seterusnya mendakwa pemimpin DAP bertanggungjawab memulakan politik perkauman dengan memainkan sentimen agama.

“DAP, parti rasis yang memulakan api perkauman, mereka pernah mempertikaikan azan, mempersoalkan perarakan Maulidul Rasul dan menghina syariat Islam dengan pelbagai cara,” katanya.

Terbaru kata beliau, pemimpin DAP menghina orang Melayu menerusi video klip Tahun Baharu Cina menerusi Youtube disamping mengkritik kandungan khutbah Jumaat,” katanya.

Beliau menegaskan, parti yang tebal dengan sikap perkauman itu tidak sewajarnya mempolitikkan hak-hak berikut kerana sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Sedangkan orang Melayu kata Syed Ali, tidak pernah mempersoalkan agama dan budaya mereka kerana menghormati semangat toleransi antara kaum yang sudah terjalin selama ini.

"Orang Melayu khususnya umat Islam tidak pernah ganggu urusan ibadat dan budaya mereka," ujarnya.

Malah kata Syed Ali, DAP juga turut menyuburkan budaya bencikan pemimpin di kalangan generasi muda bukan Melayu.

Beliau menyebut contoh bagaimana gambar pemimpin BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dibaling objek dan dipijak-pijak di khalayak umum. Malah baru-baru ini katanya, pemimpin DAP sengaja memulakan provokasi dengan menyuapkan kangkung ke dalam mulut replika menyerupai wajah Perdana Menteri.

“Gerakan ini amat berbahaya kapada masa depan orang Melayu,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin DAP yang bertanggungjawab menyalakan provokasi dan sentimen agama berbau hasutan.

“Ini satu aliran budaya kurang sihat yang dipelopori oleh DAP, kerajaan harus bertegas dan tidak berkompromi,” ujarnya.

Beliau bimbang kegagalan pihak berkuasa menangani isu-isu perkauman yang disemarakkan oleh DAP akan menghancurkan perpaduan rakyat.

3 comments:

  1. Salah siapa? Diaorg berani sebab yg DUDUK Di ATAS seolah olah T A K U T dgn cina dap.

    ReplyDelete
  2. Undeniably believe that which you said. Your favorite
    reason appeared to be oon thee web the simplest thing to be aware
    of. I say too you, I certainl get irked while people consider worries thgat they plainly do not know about.
    You managed to hit thee nail upon the top as well as ddefined
    out thhe whole thing withoutt having side
    effect , people ccan take a signal. Will probably be back to get more.

    Thanks

    Feel free to surf to my blog post; gta 4

    ReplyDelete
  3. yang berani kumpulan dari klang DATO HARUN AND THE GANG

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...