Friday, February 7, 2014

Diibaratkan Sudah Bercerai, Disaman Pula Oleh Raja #1Malaysia #Kajang #PRKKajang


Kali ini Nurul Izzah bertemu buku dengan ruas kerana slogan biar berputih tulang Raja Nong Chik tak akan layan penyelesaikan kes diluar Mahkamah. 

Kes saman bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan fitnah mengenai pembelian tanah di Bukit Kiara, gagal diselesaikan secara baik melalui proses mediasi hari ini.

Ini kerana pihak yang terbabit dalam proses mediasi itu - Raja Nong Chik, Nurul Izzah dan Malaysiakini - tidak bersetuju dengan terma penyelesaian, kata peguam K.Shanmuga yang mewakili Nurul Izzah.

Sehubungan itu, kes itu akan diteruskan dengan perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam, katanya kepada media di sini. Bagaimanapun tarikh belum ditetapkan untuk perbicaraan itu. Proses mediasi itu dijalankan di hadapan Hakim Zainal L.Salleh di Pusat Mediasi, Mahkamah Kuala Lumpur di sini.

IKLAN
Macam-Macam Baju Super Hero Untuk Dimiliki
Jom Follow Instagram | Facebook
Call & WhatsApp +6 019 241 2674

Raja Nong Chik ketika ditemui media berkata beliau akan membuktikan tuntutannya terhadap Nurul Izzah apabila kes itu dibicarakan. Ini kerana kenyataan itu telah menjejaskan reputasinya dan keluarganya, kata beliau.

Nurul Izzah pula berkata beliau bersedia untuk mempertahan kenyataan yang dikeluarkannya berdasarkan isu kepentingan awam.

Pada 17 Julai tahun lepas, Raja Nong Chik memfailkan saman itu terhadap Nurul Izzah, Mkini Dotcom Sdn Bhd, pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini Lu Wei Hoong.

5 comments:

  1. yes Datuk , way to go. do not back down no matter what. Saman malu is something you need to be serious. If not, it will happen again ,

    ReplyDelete
  2. Baru betul, ni sikit sikit selesai luar mahkamah, minta maaf! Bodoh punya UMNO!

    ReplyDelete
  3. Harap raja nong chik tak tarik balik saman sebagaimana sharizat jalil & UMNO ...

    ReplyDelete
  4. Kalau Anwar Berahim, samannya RM100 juta. Tapi jabatan dan agensi kerajaan bila difitnah pembangkang kenapa tak saman? SPR ditipu PRU13, 'blackout' dan 'bangla'. Yang peliknya, individu boleh saman RM100 juta, badan berkepentingan awam tidak saman RM1 billion? Inilah malangnya kerajaan Malaysia yang berPMkan 'macho man'! Kearajaan, Islam, Raja dan Melayu silih berganti dihina. Rakyat yang menyokong kerajaan BN semakin hari semakin muak dan jelak dengan kepondanan PM Najib. Sangkaan pengganti Pak Lah 'bertaring', rupanya bergigi sumbing. Malahan rongak dan reput.
    Tiada guna men'dewa'kan pemimpin pengecut. UMNO tidak ketandusan pemimpin seperti pembangkang yang jaguhannya dari dahulu tetap Lim Kit Siang, Hadi Awang, Anwar Berahim, Mat Sabun dan beberapa nama yang bolh dikatakan expired. Pemimpin silih berganti. Yang tidak tahu menjaga hati akar umbi UMNO, gagal menjaga kedaulatan Negara, Agama, Raja dan Bangsa Melayu moleklah berambus daripada kerusi kepimpinan negara. Jika tidak mahu berambus, BANGKIT lah. Berubah untuk menjadi tegas, berani dan dihormati. Memang benar ular menyusur akar tidak hilang bisanya tetapi harimau belang tidak akan digeruni jika tidak boleh mengaum, tidak bertaring dan berkuku yang tajam. Bercupak sepanjang buluh,
    Beradat sepanjang jalan,
    Nan usang-usang diperbaharui,
    Lapuk-lapuk dikajangi,
    Nan elok dipakai,
    Nan buruk dibuang,
    Kok singkat disambung,
    Kok panjang dikerat,
    Kok koyak ditampal,
    Kok melebih jangan melampau,
    Kok mengurang jangan sia-sia.

    ReplyDelete
  5. hi I have commented today but until now tak keluar, why tak berani publish ker?

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...