Awal minggu ini, Malaysia dikejutkan dengan kehadiran bomoh 'VVIP' yang diupah oleh pihak tidak bertanggungjawab dari sebelah Pembangkang untuk membuat pelbagai demontrasi di KLIA.
Tindakan bomoh dan beberapa orangnya di sana telah mengaibkan imej umat Islam negara ini dan ia telah menjadi bahan lawak oleh sebilangan rakyat negara ini.
Terbaru, ada sepasang suami isteri yang mengaku diri mereka sebagai bomoh daripada Sumatera Utara, Indonesia, telah mengeluarkan spekulasi kononnya pesawat Malaysia Airlines (MAS) telah terhempas di kawasan paya dengan hutan yang tebal di sebuah lembah sekitar Vietnam.
Lebih menariknya, kawasan tersebut didakwa dikuasai oleh makhluk-makhluk ghaib yang sukar sekali untuk diceritakan oleh beliau. Haihhh macam-macam.
Saya teringat satu filem tempatan, Hantu Kak Limah Balik Rumah. Di dalam filem tersebut ada seorang bomoh dari Indonesia yang mengucapkan perkataan-perkataan yang ego dan riak. Kononnya beliau mampu berlawan dengan apa saja jenis serangan makhluk selain manusia. Namun apabila bertemu dengan 'hantu' Kak Limah, habis badan bomoh tersebut patah dilipat-lipat oleh 'hantu' Kak Limah.
Saya percaya, kerajaan ataupun pihak berkuasa tidak akan mengambil pakai ramalan-ramalan dari penjelasan yang tidak logik bagi meneruskan siasatan kerana diyakini bakal melengahkan lagi proses pencarian dan menyelamat mangsa MH370.
Apa-apa pun kita harus terus berdoa demi rasa kasih kita sesama umat manusia serta kepercayaan kita kepada ujian Allah S.W.T
0 Comments
komen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..