Melalui pembentangan Bajet 2014 yang disampaikan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat 2013. Sebanyak RM30,000 insentif ditawarkan kepada pembeli² dan pemaju swasta melalui skim MyHome yang dikelolakan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Program MyHome ini sebenarnya untuk menggalakkan syarikat pemaju swasta membina lebih banyak rumah mampu milik di seluruh malaysia berdasarkan keperluan dan lokasi yang dikenalpasti. Lokasi pembinaan akan dinilai oleh sebuah Jawatankuasa sebelum kelulusan diberikan oleh KPKT.
Menurut Menteri KPKT, Dato' Abdul Rahman Dahlan ketika berucap melancarkan program ini, Kementerian yakin program ini akan menggalakkan penambahan jumlah rumah mampu milik dalam pasaran dan pemilikan rumah oleh rakyat.
"Program ini menawarkan insentif RM30,000 seunit kepada pemaju swasta untuk membina 10,000 unit rumah mampu milik dengan keluasan minima 800 kaki persegi pada tahun 2014 dengan peruntukan sebanyak RM300 juta" katanya.
Skim MyHome dilaksanakan dengan pembayaran insentif RM30,000 daripada harga rumah akan dibayar terus kepada pemaju secara upfront dan baki dibayar sendiri oleh pembeli.
Kalau pembaca tak paham, meh saya terangkan lagi details sikit.
Contoh :
Ali mendaftarkan nama di bawah skim MyHome. Beliau ingin beli rumah berharga RM100,000. Insentif RM30,000 akan dibayar secara terus oleh kerajaan kepada pemaju perumahan (upfront). Insentif tersebut juga meliputi bayaran deposit 10% kepada pembeli apabila surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani. Baki RM70,000 akan dilangsaikan sendiri oleh Ali sama ada cash ataupun pinjaman dari bank.
Terdapat 2 jenis rumah MyHome tawarkan ;
1. Kos Rendah
2. Kos Sederhana
Lihat jadual seperti di bawah.
Apakah kriteria yang melayakkan pembeli menyertai skim MyHome ini?
1. Warganegara Malaysia
2. Berusia 18 tahun ke atas
3. Pembelian rumah pertama
4. Permohonan 1 unit rumah kepada setiap isi rumah (kalau suami isteri, hanya satu nama saja boleh apply)
5. Pendapatan isi rumah untuk MyHome 1 : RM3,000 - RM4,000 / MyHome 2 : RM4,000 - RM6,000.
Tempoh moratorium (tak boleh jual / tukar hak milik) selama 10 tahun dikenakan kepada pembeli mulai surat Perjanjian Jual Beli ditandatangani.
Jika pembaca merasakan diri anda cukup layak dengan syarat² di atas, boleh terus membuat permohonan secara online ataupun mendownload borang di laman web KPKT. Klik sini mulai 1 April 2014 lah.
Sabaq na~
30 Comments
Untung jd rakyat Msia ni, mcm2 dpt tp masih tak reti bersyukur
ReplyDeleteBetul tu.
DeleteADA JUGA RAKYAT KATA KERAJAAN ZALIM!!!!
ReplyDeleteMereka tak faham maksud zalim yg sebenarnya.
DeleteAlhamdulillah. Terima kasih BN
ReplyDeleteSyukur pada Allah SWT. Terima kasih BN!
ReplyDeletehbis 2 gaji ak 1k mcm mna? Bini ak xkj.. last tolong kroni.. ak biasa 2x apply rmh kos rendah. Dh dpt panggilan utk g pilih rmh kul 8pg. Kedai buka kul 8. Dh habis. Semua kroni yg dpt. @/#$&
ReplyDeletegaji ko 1k, nak salahkn kjaan ker? apply la ppr kalu dh tau gaji tak ckup
DeleteSaya berharap saudara 10:22 dapat lihat lagi peluang yg banyak dibuka oleh kerajaan BN. Jgn hanya cari salah kerajaan saja.
DeleteNi la dia bangang.. bukan nak marah ape.. gaji 1k salah kerajaan.. belanja, berjalan, pakai moto kete nak sedap.. glabah.. kroni bapak kau.. esok anak ko tak pandai pastu susah cari keje, keje biasa2 pastu anak ko maki ape laaa gomen ni! gaji x ckup camne nk dpt rumah.. usaha lah berjaya dlu.. kalo dah gaji 4K tak dapat gak ape yang diinginkan baru lah ko bleh kata bagi kat kroni je laaa
DeleteDah mcm aku nie gji dh lbih 4k pun x dpt jgk,ape cter.bkn ke kroni di dhulu kn.puiii
Deletetu r kecik2 org gi sekolah ko ponteng.dh tua gaji kecik ko nk salahkn org
ReplyDeleteRamai anak² M'sia yg dh berjaya hasil pendidikan semasa pemerintahan kerajaan BN.
DeleteKenapa terima kasih kepada BN...ingat..bukan semua orang2 besar dalam sesuatu parti tu busuk dan wangi..ade jugak yang ok ade jugak yang tidak...zzz
ReplyDeleteBetullah tu. Tapi pada saya, masing² ada part nya tersendiri dlm membantu rakyat.
DeleteKalau x dapat, jangan salahkan kerajaan/kroni aje yang dapat.. Allah juga yang tentukan siapa dapat,siapa yang x dapat2. Kalau kita kedekut dgn mak ayah kita atau x pernah nak bersyukur dgn gaji yang rm1000 tu,..... Faham2 aje lh .. apapun syukur pd Mu ,Ya Allah.... Terima kasih Kerajaan BN.!
ReplyDeleteBN buat bkn utk org UMNO & BN je tapi semua pihak dapat walaupun mereka yg pernah pijak gambar PM
DeleteAlhamdulillah.. BN tetap kerajaan yang mebela nasib rakyat.. Terima kasih PM.
ReplyDeleteYg pangkah PR pun tetap boleh mohon. Inilah sikap kerajaan BN yg tak pilih kroni.
Deletekalau x suke dgn ape yg kerajaan buat .. tlg jgn kutuk atau byk songeh... korang yg byk kondem.. tlg jgn apply ape yg kerajaan buat.. bersyukurlaa dgn ape yg ade...bkn minta titik peluh korang pn nl bwat keje...eeee x faham aku!!melayu CEPAT LUPA DAN MUDAH LUPA...nilaa dia..
ReplyDeleteSebenarya Melayu PR yg selalu sangat mudah lupa. Byk makan semut barangkali.
DeleteBN kotakan janji. PM umum dlm Bajet 2014, beliau kotakan. Moral of the story, kalau tak suka jgn apply. Kalau suka & berkelayakan, apply lah. Takda sebarang paksaan ;)
ReplyDeleteHidup macai bn..hahaha..
ReplyDeleteni la dye mentality org yg gaji 1k.
ReplyDeleteJagan suka menghina..nanti dapat kat diri sendiri..
ReplyDeletei love bn...syukur pd mu ya allah.. dgn kerajaan barisan nasional negara malaysia aman makmur..tq pm:-)
ReplyDeleteKjaan be end buat btoi aku sokong.. hat yg salah aku tiow..
ReplyDeleteBuat masa ni be end lebih byk burum dari baik.
Org bodo yg xnmpk.
Btw.. inisiatif ni bagus.. cuma mau ingat.. duit kjaan mai dari rakyat jgk.. cukai dari pndapatan rakyat.. hasil saman ekoq dll.. mau ingat.. jgn jd sohai.. puiii
Memanglah duit ni dtg dari rakyat hasil dari byr cukai dll tapi jgnlah jd samdol sgt bila kita asyik nk bicarakan ini duit rakyat.. BR1M duit rakyat.. itu duit rakyat.. kalo ko beli McD tu, duit siapa yg McD untung? Duit rakyat juga kan, so bole ko mintak kt McD utk pulangkan duit rakyat tu?
DeleteKerajaan diamanahkan ntok handle duit rakyat...bukan buat duit rakyat mcm mak bapak die yg punya..bg duit kat kaum kerabat die...perasan duit 2 dia punya..sedar skit diri 2..
ReplyDeleteTerbaik...
Deletekomen² anda akan dipublish setelah disahkan..
terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..