Full Width CSS

"Mana Nak Letak Muka Kami?" - Sang Kokedai #1Malaysia #TamporBuaya @NajibRazak @RajaBomohVvip


SUNGAI KINABATANGAN, 17 MAC 2014 - Penduduk di sekitar Sungai Kinabatangan gempar apabila segerombolan Buaya Tembaga didapati terdampar di persisiran sungai jam 10.47 pagi tadi.

Kehadiran buaya-buaya ini menarik orang ramai untuk melihat buaya-buaya ini sehinggakan pesisir sungai dipenuhi oleh orang ramai sekitar Kinabatangan.

Jabatan Perhilitan yang dihubungi kemudiannya tiba kira-kira jam setengah jam kemudian mengesahkan buaya-buaya tersebut merupakan spesies yang kuat sentap. Beberapa petugas dilihat cuba untuk menenangkan buaya-buaya tersebut.Salah seekor buaya tersebut membuat permintaan untuk ditemuramah oleh Pemberita.

Pemberita dari Reuters yang tiba kemudiannya cuba menemuramah wakil kepada gerombolan buaya tersebut. Buaya tersebut hanya ingin dikenali sebagai Duda Senang.

"Seumur hidup saya 99 tahun ini tidak pernah ada mana-mana manusia yang menampar keturunan kami. Maruah kami sejak berzaman sebagai raja sungai tercalar kerana ada Bomoh yang mendakwa pernah menampar kami."

"Jadi saya selaku Raja Buaya mencabar Datok Raja Bomoh untuk turun ke sungai ini dan menampar muka salah seekor dari kami jika dia handal orangnya!"

Duda Senang yang turut mendakwa selaku keturunan ketiga Bujang Senang, Raja Buaya Sarawak ketika ditanya apakah punca dia memberi amaran tersebut.

"Kami malu diketawakan oleh Memerang, Biawak Pasir, Ular Air, malahan Udang Galah pun ketawa melihat kami, kerana menyangka kami pernah ditampar manusia, mana nak letak muka kami?"

Sumber : Reuters


Post a Comment

1 Comments

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..