Wednesday, April 9, 2014

Anwar Dah Tak Relevan Langsung, Gunakan Apa Saja Sebagai Modal Politik #1Malaysia #AnwarTakRelevan @TengkuAdnanReal


“Anwar akan politikkan apa jua isu,” kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau mengulas dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 seperti yang dilaporkan akhbar Britain, The Telegraph.

Tengku Adnan berkata adalah mustahil bagi kerajaan untuk menyembunyikan maklumat MH370 dan tiada alasan untuk berbuat demikian, kerana kerajaan juga tidak suka kejadian itu berlaku.

“Adalah mustahil bagi kita untuk menyembunyikan sesuatu…kenapa kita harus berbuat demikian? Kita tidak mahu perkara iniberlaku, dan kita tidak suka ia berlaku,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis penyampaian anugerah kecemerlangan akademik di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 14 (1) di sini hari ini.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata beliau tertanya-tanya mengapa sesetengah orang ramai masih percaya pembohongan Anwar dan berharap mereka akan lebih rasional mengenai isu itu.

Baca lagi di sini.


1 comment:

  1. Yang masih percaya anwar tu yg anti sangat kat bn....sampai tahap terpaksa telan saje apa jua kejahatan anwar. Itu nama penyakit hati.... busuk hati, hati da hitam ... asyik nampak dan cari kelemahan bn sampai hati sendiri dah berkanser

    ReplyDelete

komen² anda akan dipublish setelah disahkan..

terima kasih daun keladi..
esok² sudi la komen lagi..

BAJU SEA GAMES 2017

BAJU SEA GAMES 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...